Bina Jalan Raya Lebih Selamat, Lindungi Nyawa – Ahmad Zahid
Bina Jalan Raya Lebih Selamat, Lindungi Nyawa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa kemajuan sistem pengangkutan tidak boleh diukur berdasarkan penggunaan teknologi dan kepantasan perjalanan semata-mata, sebaliknya perlu turut dinilai berdasarkan keupayaan melindungi nyawa pengguna jalan raya.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika merasmikan Road Safety Congress 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini.
Kongres itu memfokuskan usaha memperkukuh keselamatan jalan raya melalui penggunaan teknologi pintar, penyelarasan dasar dan kerjasama strategik antara pelbagai pihak demi melindungi nyawa pengguna jalan raya.
“Saya telah menegaskan bahawa kemajuan sistem pengangkutan tidak boleh diukur melalui pengaplikasian teknologi dan kepantasan perjalanan semata-mata, tetapi juga perlu dinilai terhadap sejauh mana kita mampu melindungi nyawa pengguna jalan raya,” katanya.
Bagi memperkukuh usaha ke arah Vision Zero yang bertujuan melindungi nyawa dan menghindari kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya, Ahmad Zahid menggariskan tiga keutamaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Ab Rauf Umum Calon BN 28 Okt Ini
- Lawatan Kerja Ke Jepun: Mempererat Hubungan, Memperkukuh Kerjasama Pertahanan
- Dakwaan ‘Sakau’ RM2.1 Bilion Tidak Wajar Timbul
Keutamaan itu ialah memperkukuh keselamatan penunggang motosikal, mengintegrasikan data keselamatan jalan raya antara agensi serta membudayakan keselamatan jalan raya dalam kehidupan seharian.
Beliau berkata kerjasama semua pihak, penggunaan teknologi dan tindakan yang lebih terselaras mampu membantu mengurangkan kemalangan jalan raya.
“Insya-Allah, melalui kerjasama semua pihak, penggunaan teknologi dan tindakan yang lebih terselaras, kita mampu mengurangkan kemalangan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – UMNO Online
Bina Jalan Raya Lebih Selamat, Lindungi Nyawa – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kekal Tenang, Terus Fokus Amanah Untuk Rakyat – Mohd Zaidy
- Gelombang Biru Di Tanjung Malim, Terus Rapatkan Saf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pan Borneo Sabah: Pelaksanaan Projek Hampir Siap – Ahmad Maslan
You must be logged in to post a comment.