Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat
Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat

MASJID TANAH, 20 Okt – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan komitmennya untuk terus memakmurkan negeri, menjaga kebajikan rakyat dan memastikan pembangunan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat sekiranya diberikan mandat.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di laman Facebooknya selepas singgah bersarapan di Kedai Anuar, Kampung Jeram, di sini, sebelum memulakan tugasan di pejabat hari ini.
Menurut Ab Rauf, kesempatan bersarapan di warung bukan sekadar untuk menikmati hidangan, sebaliknya menjadi ruang untuk mendekati masyarakat, berbual dan mendengar sendiri keluhan serta pandangan penduduk setempat.
“Insya-Allah, kalau diberikan mandat, saya akan terus bekerja untuk memakmurkan Melaka, menjaga kebajikan rakyat dan memastikan pembangunan negeri ini terus dirasai oleh semua. Ini tekad saya,” katanya.
Beliau turut berpandangan bahawa pertemuan santai bersama penduduk di warung membolehkan suara hati rakyat didengari secara langsung tanpa dibatasi protokol rasmi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belanjawan N.Sembilan 2027 Bakal Pacu Pembangunan, Kukuhan Ekonomi Dan Kesejahteraan Rakyat
- Johor Komited Tarik Pelaburan Berkualiti Demi Rakyat
- Mohamad Hasan Hadiri Perbincangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027
PRN Melaka: Wanita UMNO Perlu Aktif Sebagai JR Digital – Haryaty
Katanya, perbualan seumpama itu memberikan peluang untuk memahami realiti kehidupan masyarakat serta mengetahui perkara yang menjadi perhatian dan keperluan mereka.
Ab Rauf turut menzahirkan komitmennya untuk meneruskan usaha membangunkan Melaka dengan memberi perhatian kepada kesejahteraan rakyat agar manfaat pembangunan negeri dapat dirasai secara menyeluruh.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sementara hari penamaan calon ditetapkan 31 Oktober pada manakala tarikh mengundi awal pada 10 November.
Tempoh berkempen pula adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 13 November.
DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 21 dimenangi BN pada PRN lalu, manakala lima dimenangi PH dan dua Perikatan Nasional (PN). – UMNO Online
Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Visit Sabah 2027: Kerjasama Semua Pihak Kunci Perkasa Potensi Pelancongan
- Lawatan Ahmad Zahid ke China Bawa Manfaat Besar
- RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.