RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah

RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah

RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Kerajaan sentiasa komited untuk menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, negeri dan daerah.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Shahar Abdullah berkata, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) memberi penekanan kepada pembangunan yang lebih seimbang, inklusif dan berasaskan keperluan kawasan.

Katanya, Kerajaan menggunakan Indeks Komposit Pembangunan Malaysia (IKPM) sebagai instrumen pengukuran yang menyeluruh di peringkat wilayah, negeri dan daerah.

“IKPM merangkumi lima komponen utama, iaitu fizikal dan spatial, ekonomi, sosial, alam sekitar serta tadbir urus. IKPM akan membantu Kerajaan mengenal pasti kawasan yang memerlukan perhatian dan merangka strategi pembangunan yang lebih berfokus.

“KDNK per kapita Malaysia meningkat sebanyak 6.2 peratus setahun dalam tempoh RMK Ke-12 daripada RM43,717 pada tahun 2020 kepada RM59,186 pada tahun 2025. Sebanyak empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Pahang telah menunjukkan peningkatan KDNK per kapita yang lebih tinggi berbanding peningkatan paras nasional. Secara keseluruhan, Wilayah Sabah mencatatkan nisbah KDNK per kapita wilayah yang terbesar berbanding Wilayah Tengah, iaitu sebanyak 2.5 pada akhir tempoh RMKe-12.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ketua Menteri Untuk Semua, Ab Rauf Terus Santuni Rakyat


“Dari segi indikator dan sasaran kuantitatif, dalam tempoh RMK13, jurang wilayah kepada Wilayah Tengah dijangka akan terus mengecil kepada antara 2.1 hingga 1.6. Menjelang 2030, jurang Wilayah Selatan disasarkan berkurang kepada 1.6, Wilayah Timur (2.3), Sabah (2.1) dan Sarawak (1.0) manakala Wilayah Utara dijangka kekal pada 1.7,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan indikator dasar, sasaran kuantitatif dan tempoh pencapaian yang ditetapkan di bawah RMK13 bagi mengurangkan jurang pembangunan antara daerah, memandangkan berlaku penumpuan pendapatan dan isi rumah pada sebilangan kecil daerah yang telah pun menyembunyikan isu ketertinggalan pembangunan relatif dalam sesebuah negeri.

Mengulas lanjut, Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar menjelaskan bagi Negeri Kelantan mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.1 peratus pada tahun 2025 (2024: 3.3 peratus).

“Negeri Kelantan menunjukkan peningkatan KDNK per kapita kepada RM18,093 pada 2025 berbanding RM14,956 pada 2020. RMK ke-13 menetapkan sasaran pertumbuhan purata tahunan KDNK bagi tempoh 2026-2030 sebanyak 4.7 peratus dan KDNK per kapita bagi tahun 2030 sebanyak RM25,196.

“Pendapatan penengah bulanan isi rumah di Wilayah Utara disasarkan meningkat daripada RM5,372 pada tahun 2024 kepada RM6,077 pada tahun 2030. Bagi Wilayah Timur, sasaran adalah daripada RM5,058 kepada RM5,750, manakala bagi Sabah daripada RM4,946 kepada RM5,780 dan Sarawak daripada RM5,504 kepada RM5,962. Kesemua sasaran ini akan dipantau secara berterusan melalui mekanisme pemantauan sistem MyRMK.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bina Jalan Raya Lebih Selamat, Lindungi Nyawa – Ahmad Zahid

“Bagi kawasan kurang membangun, Kerajaan turut memperkukuh penyediaan infrastruktur asas luar bandar, pelan induk dan pemetaan prasarana serta menarik pelaburan melalui pembangunan hab pelaburan luar bandar yang memanfaatkan AI geospatial dan data raya,” katanya lagi.

Seterusnya kata Shahar, bagi tahun 2026, sebanyak 46 projek telah diluluskan bagi kawasan Parlimen Pasir Puteh dengan siling peruntukan sebanyak RM207.2 juta.

“Antaranya ialah Projek Pengambilan Tanah dan Pembangunan Infrastruktur Kawasan Industri di Cherang Tuli yang menyokong pembangunan industri hiliran berhampiran stesen kargo ECRL. Selain itu, ECERDC sedang melaksanakan kajian pengukuhan rantaian nilai agromakanan, termasuk cadangan pembangunan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) berhampiran stesen ECRL.

“Melalui penggunaan IKPM, penetapan sasaran kuantitatif dan pelaksanaan projek strategik, Kerajaan akan terus memperkukuh intervensi bersasar bagi memperluas manfaat pertumbuhan ekonomi dan merapatkan jurang pembangunan, termasuk di Pasir Puteh, sepanjang tempoh RMK ke-13,” ujarnya. – UMNO Online

RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Melaka: Wanita UMNO Perlu Aktif Sebagai JR Digital – Haryaty

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker