Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid
Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Grafik yang tular menggunakan nama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan dakwaan kononnya beliau memberi amaran tegas kepada individu atau kumpulan yang mahu memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia adalah palsu dan tidak wajar dipercayai.
Grafik berkenaan memaparkan imej Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, bersama logo UMNO serta kenyataan yang dikaitkan dengan isu pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.
Penyebaran grafik itu boleh mengelirukan orang ramai kerana menggunakan nama, imej dan identiti UMNO bagi mengaitkan kenyataan yang tidak disahkan dengan kepimpinan parti.
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai atau menyebarkan grafik berkenaan tanpa pengesahan daripada saluran rasmi UMNO dan pihak berkaitan.
Orang ramai juga disaran merujuk sumber rasmi sebelum berkongsi sebarang kenyataan politik bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan serta menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi dan kepimpinan negara. – UMNO Online
Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Visit Sabah 2027: Kerjasama Semua Pihak Kunci Perkasa Potensi Pelancongan
- Lawatan Ahmad Zahid ke China Bawa Manfaat Besar
- RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.