Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga

Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga

Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi keluarga kanak-kanak, Asiah Ahmad Syahir, 5 yang terkorban dalam nahas membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching baru-baru ini.

Beliau berkata kunjungan tersebut bagi menyampaikan sokongan dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah yang sedang melalui saat sukar susulan pemergian insan tersayang.

“Sebagai seorang atuk yang juga mempunyai cucu-cucu seusia Allahyarhamah, hati saya benar-benar tersentuh melihat kehilangan seorang anak kecil yang sepatutnya masih panjang perjalanan hidupnya.

“Sukar untuk membayangkan betapa dalamnya rasa kehilangan buat ibu bapa dan seluruh keluarga apabila insan kecil yang menjadi penyeri rumah tiba-tiba tiada lagi di sisi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat itu, selain berharap kenangan bersama Allahyarhamah menjadi sumber kekuatan buat mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua


Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dengan cermat dan berhemah kerana setiap tindakan di jalan raya turut membawa tanggungjawab terhadap keselamatan orang lain.

“Setiap keputusan yang kita buat di jalan raya membawa tanggungjawab, kerana satu kecuaian boleh meninggalkan kesan yang sangat panjang kepada kehidupan orang lain dan keluarga mereka.

“Sama-sama kita mendoakan semoga roh Allahyarhamah adik Asiah dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang yang dikasihi Allah dan keluarganya terus diberi kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang,” ujar beliau.

Terdahulu media melaporkan, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Asiah, maut selepas kereta Perodua Bezza dinaiki bersama keluarganya dirempuh kereta yang dipandu melulu dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, dari arah pusat bandar menghala ke Segambut, kira-kira jam 3.44 petang pada 10 Oktober lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

ECRL: Tambang Berpatutan, Manfaat Untuk Semua


Asiah yang duduk di tempat duduk penumpang belakang disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala dua lagi individu cedera.

Dalam kejadian itu, bapa Asiah, Ahmad Syahir Mohamad Nor, 30, yang bekerja sebagai bilal, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Penchala bersama isteri dan dua anaknya selepas membawa keluarga bersiar-siar dan makan di Keramat. – UMNO Online

Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker