MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul

MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul

MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Pengenalan MyKad Generasi Baharu merupakan langkah kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menggantikan MyKad Struktur Baharu yang telah diperkenalkan lebih daripada 20 tahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah itu seterusnya memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan diri negara selaras dengan perkembangan teknologi serta cabaran keselamatan semasa.

“MyKad Generasi Baharu mempunyai 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada. Antara ciri keselamatan tersebut ialah Hologram Keselamatan Dinamik, transparent window, elemen ultraungu (UV), corak guilloche, teks mikro dan ukiran laser yang meningkatkan tahap kesukaran untuk dokumen tersebut dipalsukan atau diubah suai. Kod QR penguatkuasaan turut disediakan bagi menyokong keperluan pengesahan dan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan Parlimen, di sini, hari ini.

Selain itu, tambah Dr Shamsul lagi MyKad Generasi Baharu menggunakan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan serta Cip Antara Muka Dwi Fungsi bagi menyokong pengesahan identiti yang lebih kukuh dan selamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

ECRL: Tambang Berpatutan, Manfaat Untuk Semua


Tambahnya lagi penambahbaikan ini dapat meningkatkan ketulenan dokumen dan mengurangkan risiko penyalahgunaan serta percubaan untuk mengklon atau memanipulasi maklumat pada dokumen pengenalan diri.

“Dari aspek sistem pengesahan identiti, peningkatan ciri fizikal dan teknologi cip tersebut turut disokong oleh mekanisme dan prosedur pengesahan identiti serta kawalan pengeluaran MyKad oleh JPN.

“Gabungan ciri-ciri keselamatan, teknologi cip dan kawalan pengeluaran ini meningkatkan tahap kesukaran untuk memalsukan, mengubah suai atau menggunakan MyKad secara tidak sah, di samping membolehkan ketulenan dokumen dan identiti pemegang disahkan dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Dalam aspek perlindungan data peribadi, tegas Dr Shamsul kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan maklumat pemegang MyKad.

“Pengurusan, penyimpanan dan akses kepada maklumat peribadi adalah tertakluk kepada kawalan keselamatan, prosedur operasi serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, antaranya melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang mematuhi piawaian ISO/IEC 27001 bagi memperkukuh pengurusan keselamatan maklumat dan perlindungan data. Langkah ini bertujuan memastikan maklumat peribadi rakyat dilindungi daripada akses atau penggunaan yang tidak dibenarkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN Melaka: Wanita UMNO Perlu Aktif Sebagai JR Digital – Haryaty



“Secara keseluruhannya, pengenalan MyKad Generasi Baharu merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan ketulenan dokumen pengenalan diri negara, memperkukuh pengesahan identiti serta mengurangkan risiko pemalsuan, pengklonan dan penyalahgunaan MyKad, di samping memastikan keselamatan dan perlindungan data peribadi rakyat terus diberi keutamaan,” katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan justifikasi utama pengenalan MyKad Generasi Baharu serta sejauh mana peningkatan ciri keselamatan, teknologi cip dan sistem pengesahan identiti pada MyKad baharu ini dapat membanteras pemalsuan, pengklonan dan penyalahgunaan identiti rakyat, di samping memastikan keselamatan data peribadi rakyat sentiasa terpelihara. – UMNO Online

MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker