Pembiayaan Mikro Pacu Perkembangan Usahawan – Mohamad Alamin
Pembiayaan Mikro Pacu Perkembangan Usahawan – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merekodkan sebanyak 1.27 juta pembiayaan kepada usahawan mikro bernilai RM14.56 bilion bagi tempoh 2023 hingga September 2026 menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional dan Bank Rakyat.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata pembiayaan mikro memainkan peranan penting dalam membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan modal perniagaan, menjamin kelangsungan pendapatan serta membuka peluang untuk keluar daripada kemiskinan.
Menurut beliau, usahawan mikro ditakrifkan sebagai perniagaan yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau mempunyai kurang daripada lima orang pekerja.
Berdasarkan data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi 2025, sebanyak 1,000,876 perusahaan mikro direkodkan, mewakili 77.4 peratus daripada keseluruhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini.
Daripada keseluruhan pembiayaan yang direkodkan bagi tempoh berkenaan, sebanyak 212,910 pembiayaan baharu bernilai RM2.19 bilion disalurkan menerusi AIM dan TEKUN Nasional, manakala 1.05 juta pembiayaan berulang bernilai RM12.13 bilion turut direkodkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Visit Sabah 2027: Kerjasama Semua Pihak Kunci Perkasa Potensi Pelancongan
- Lawatan Ahmad Zahid ke China Bawa Manfaat Besar
- RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beliau berkata pembiayaan berulang penting bagi membolehkan usahawan mikro memperoleh modal tambahan untuk meningkatkan kapasiti operasi, menambah modal pusingan serta mengembangkan aktiviti perniagaan.
Dari aspek peningkatan skala perniagaan, seramai 8,008 usahawan mikro di bawah AIM direkodkan berjaya meningkat kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana, sekali gus menunjukkan potensi pembiayaan mikro dalam membantu usahawan mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan.
Dalam pada itu, KUSKOP turut memantau prestasi pembayaran balik pembiayaan melalui kadar pembiayaan tidak berbayar (NPL/NPF) sebagai salah satu indikator daya tahan perniagaan.
Kadar NPL TEKUN Nasional menurun daripada 12.66 peratus pada 2023 kepada 8.60 peratus sehingga September 2026, manakala kadar NPF Bank Rakyat turut mencatatkan penurunan daripada 15 peratus kepada 11 peratus dalam tempoh sama.
AIM pula merekodkan kadar pembiayaan tidak berbayar sebanyak 0.09 peratus pada 2023, menurun kepada 0.02 peratus pada 2024 sebelum mencapai sifar peratus pada 2025.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belanjawan N.Sembilan 2027 Bakal Pacu Pembangunan, Kukuhan Ekonomi Dan Kesejahteraan Rakyat
- Johor Komited Tarik Pelaburan Berkualiti Demi Rakyat
- Mohamad Hasan Hadiri Perbincangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027
PRN Melaka: Wanita UMNO Perlu Aktif Sebagai JR Digital – Haryaty
Mohamad berkata KUSKOP turut memberi penekanan kepada penambahbaikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dengan mengukur keberhasilan program, bukan sekadar berdasarkan jumlah pembiayaan dan bilangan usahawan yang menerima manfaat.
Sebaliknya, penilaian turut merangkumi tiga indikator utama, iaitu peningkatan hasil jualan, peningkatan kategori atau skala perniagaan serta pewujudan peluang pekerjaan baharu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin, yang meminta penjelasan mengenai peratus usahawan mikro yang berjaya meningkat kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana, kadar kegagalan perniagaan selepas tiga tahun serta kesediaan kementerian mengubah KPI kepada pencapaian hasil yang lebih berimpak. – UMNO Online
Pembiayaan Mikro Pacu Perkembangan Usahawan – Mohamad Alamin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid
- UMNO Putatan Utama Kesejahteraan Penduduk, Cadang Langkah Mitigasi Banjir Kilat
- Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat
“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua
You must be logged in to post a comment.