22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih, Sasar 60,000 Menjelang 2030 – Johari
22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih, Sasar 60,000 Menjelang 2030 – Johari

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata setakat suku ketiga 2026, seramai 22,849 bakat telah dilatih menerusi pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan tinggi dan penyedia latihan teknikal.
Menurut beliau, pembangunan bakat berkemahiran tinggi menjadi keutamaan bagi memastikan industri semikonduktor negara terus berdaya saing, meningkatkan keupayaan teknologi tempatan serta beralih kepada aktiviti bernilai tambah tinggi.
Katanya, pelaksanaan NSS menggunakan pendekatan menyeluruh kerajaan (Whole-of-Government) dengan kerjasama pelbagai kementerian, termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
“Agensi, institusi pendidikan dan latihan di bawah kementerian-kementerian ini bekerjasama rapat dengan pemain industri dalam penyediaan program latihan, peningkatan kemahiran dan latihan semula bagi memenuhi keperluan bakat dalam sektor semikonduktor,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembiayaan Mikro Pacu Perkembangan Usahawan – Mohamad Alamin
- ‘Kita Geng Biru’ Gegar Melaka, BN Sedia Perkukuh Khidmat
- Hutang Negara RM741 Bilion Jadi RM1.4 Trilion! Isam Persoal Dua Standard Kerajaan
MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Johari berkata bagi mencapai sasaran berkenaan, kerajaan melaksanakan pembangunan bakat secara bersepadu melalui peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada, pengukuhan latihan teknikal dan vokasional serta pemerkasaan kerjasama antara industri dengan institusi akademik.
Tambahnya lagi antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk program francais Kejuruteraan Elektronik bersama pemain industri semikonduktor yang beroperasi di negara ini.
Selain itu, Johari turut memberitahu KESUMA menerusi HRD Corp turut menyokong pembangunan bakat melalui pembiayaan program peningkatan kemahiran (upskilling), latihan semula (reskilling) dan latihan silang (cross-skilling).
“Bidang latihan berkenaan merangkumi teknologi Industri 4.0, teknologi masa hadapan serta kelayakan mikro (micro-credential) yang relevan dengan keperluan industri semikonduktor,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid
- UMNO Putatan Utama Kesejahteraan Penduduk, Cadang Langkah Mitigasi Banjir Kilat
- Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat
“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua
Bagaimanapun, beliau berkata usaha berterusan masih diperlukan bagi memastikan bekalan tenaga kerja bukan sahaja mencukupi dari segi bilangan, malah memiliki kemahiran dan kepakaran yang sepadan dengan keperluan industri yang semakin kompleks.
Dalam pada itu, ujarnya MITI sedang menyelaras pengumpulan data bersama KESUMA, KPT, agensi pelaksana, institusi pendidikan dan pihak industri bagi memperincikan penempatan bakat mengikut subsektor, termasuk reka bentuk litar bersepadu (IC design) dan pembungkusan termaju (advanced packaging), serta kadar pengekalan bakat dalam ekosistem tempatan.
Data berkenaan penting katanya bagi menilai keberkesanan pembangunan bakat dan memastikan keperluan tenaga kerja industri semikonduktor negara dapat dipenuhi secara berterusan.
Terdahulu, Yeo meminta penjelasan mengenai status terkini inisiatif melahirkan 60,000 bakat semikonduktor di bawah NSS, termasuk jumlah yang telah dilatih, perbelanjaan peruntukan serta pecahan penempatan dan kadar pengekalan bakat dalam ekosistem tempatan. – UMNO Online
22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih, Sasar 60,000 Menjelang 2030 – Johari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga
- Hormati Proses Kehakiman, Kekalkan Konsistensi Undang-Undang – Ahli Parlimen Kuala Pilah
- Wan Rosdy Tegas Komitmen Jaga Kebajikan Rakyat Pahang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah
You must be logged in to post a comment.