‘STR, SARA Perlu Dinilai Berdasarkan Keperluan Isi Rumah’
‘STR, SARA Perlu Dinilai Berdasarkan Keperluan Isi Rumah’

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berpandangan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion menerusi Belanjawan 2027 perlu dinilai dalam membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata meskipun peruntukan itu meningkat berbanding RM15 bilion pada tahun ini, persoalan utama ialah tahap kecukupan bantuan berkenaan dalam memenuhi keperluan sebenar isi rumah.
“Kerajaan mengumumkan bahawa penerima STR akan menikmati bantuan SARA sehingga RM150 sebulan, bergantung kepada kelayakan masing-masing. Saya ingin bertanya sama ada peningkatan bantuan ini benar-benar mencukupi untuk mengimbangi tekanan kos kehidupan rakyat.
“Menurut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2024 oleh DOSM, median pendapatan isi rumah negara adalah sebanyak RM7,017 sebulan. Namun, bagi isi rumah luar bandar, median pendapatan hanyalah RM4,588, berbanding RM8,139 di kawasan bandar.
“Perbezaan ini menunjukkan bahawa kemampuan ekonomi isi rumah tidak seragam. Dasar bantuan tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah penerima atau keseluruhan peruntukan semata-mata, tetapi juga berdasarkan tahap kecukupannya untuk memenuhi keperluan sebenar keluarga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saham MyEG/Zetrix AI Merudum, MOF Perlu Beri Penjelasan Terbuka
- 22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih, Sasar 60,000 Menjelang 2030 – Johari
- Kes Dr Akmal & Teresa Kok: Adab Politik Bukan Pengganti Ujian Undang-Undang
“Saya ingin mencadangkan agar Kementerian Kewangan bersama Kementerian Ekonomi melaksanakan penilaian berkala terhadap kecukupan bantuan STR dan SARA dengan mengambil kira saiz isi rumah, lokasi kediaman serta kos keperluan asas. Penilaian ini penting supaya bantuan yang disalurkan benar-benar bersesuaian dengan keadaan penerima,” katanya.
Jalaluddin berkata demikian ketika perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu beliau turut berpandangan pembangunan ekonomi perlu berasaskan potensi setiap negeri.
Beliau berkata, bagi Negeri Sembilan, pembangunan koridor ekonomi dan kawasan perindustrian perlu disokong oleh jaringan pengangkutan yang baik, kemudahan utiliti mencukupi, prasarana logistik serta bekalan tenaga kerja mahir.
“Kita tidak mahu pelaburan diluluskan di atas kertas, tetapi pelaksanaannya terganggu kerana infrastruktur asas tidak disediakan mengikut keperluan. Pelaburan yang diumumkan mungkin menggambarkan keyakinan pelabur, tetapi pekerjaan yang diwujudkan dan pendapatan yang meningkat merupakan bukti manfaatnya kepada rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga
- Hormati Proses Kehakiman, Kekalkan Konsistensi Undang-Undang – Ahli Parlimen Kuala Pilah
- Wan Rosdy Tegas Komitmen Jaga Kebajikan Rakyat Pahang
ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah
“Saya mahu anak-anak Negeri Sembilan mempunyai peluang membina kerjaya dan masa depan di negeri sendiri, tanpa terpaksa berhijrah semata-mata untuk memperoleh pekerjaan yang menawarkan pendapatan lebih baik.
“Pembangunan Seremban dan Port Dickson perlu terus diperkukuh, tetapi daerah seperti Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Rembau juga mesti mempunyai peranan ekonomi yang jelas serta peluang untuk berkembang. Setiap daerah mempunyai kekuatan tersendiri,” ujar beliau. – UMNO Online
‘STR, SARA Perlu Dinilai Berdasarkan Keperluan Isi Rumah’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Watikah Pelantikan JPKK DUN Senaling Amanah Demi Rakyat
- Kerajaan Bantu Mudah Cara Urusan Keluarga Mangsa Banjir Nepal
- PRN Melaka: BN Lancar Jentera Pilihan Raya, Umum Calon 24 Oktober Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik
You must be logged in to post a comment.