Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik
Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan memaklumkan kerajaan meluluskan peruntukan keseluruhan berjumlah RM7.271 juta bagi melaksanakan 19 kerja penyenggaraan jalan di Daerah Sik, Kedah pada tahun ini.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi berkata peruntukan itu meliputi penyenggaraan berkala pavemen dan bukan pavemen, lampu jalan serta lampu isyarat, termasuk pemasangan lampu solar.
“Status, kos dan tarikh siap projek penyelenggaraan serta peningkatan keselamatan jalan Persekutuan yang menghubungkan Sik dengan daerah-daerah bersebelahan termasuk kerja pembaikan jalan, jambatan, cerun dan lampu jalan bagi tahun 2026 adalah seperti Penyenggaraan Berkala Pavemen melibatkan lapan bilangan kerja bernilai RM5,301,000 meliputi skop kerja turapan jalan (mill and pave), PMB Petronas dan overlay di laluan FT175.
“Status terkini bagi kerja ini adalah lima bilangan kerja telah pun siap, manakala tiga lagi masih dalam pelaksanaan. Kedua, Penyelenggaraan Berkala Bukan Pavemen melibatkan enam bilangan kerja dengan kos bernilai RM1,450,000 merangkumi skop kerja senggara longkang, guardrail, expansion joint jambatan dan papan tanda di laluan FT175. Status terkini bagi kerja ini adalah lima bilangan kerja telah pun siap, manakala satu lagi masih dalam pelaksanaan.
“Ketiga, penyenggaraan lampu jalan (elektrik) melibatkan satu bilangan kerja bernilai RM120,000 meliputi skop kerja senggara feeder pillar, kabel bawah tanah dan lampu LED 180W yang mana skop kerja ini masih dalam pelaksanaan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga
- Hormati Proses Kehakiman, Kekalkan Konsistensi Undang-Undang – Ahli Parlimen Kuala Pilah
- Wan Rosdy Tegas Komitmen Jaga Kebajikan Rakyat Pahang
ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah
Ahmad berkata demikian ketika menjawab Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berkenaan status, kos dan tarikh siap projek penyelenggaraan serta peningkatan keselamatan jalan persekutuan yang menghubungkan Sik dengan daerah-daerah bersebelahan termasuk kerja pembaikan jalan, jambatan, cerun dan lampu jalan bagi tahun 2026.
Mengulas lanjut Ahli Parlimen Pontian itu menambah sebanyak empat projek menerusi peruntukan Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya telah dilaksanakan oleh JKR pada tahun 2026 dengan peruntukan sebanyak RM400,000.
Antaranya menurut beliau, pemasangan lampu jalan di kawasan kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap di Laluan Persekutuan FT175, Jalan Gurun – Kepala Batas, melibatkan lokasi Kampung Charok Terang dan Batu Seketol, Seksyen 56.0 hingga Seksyen 57.0, daerah Sik.
“Kedua, pemasangan lampu jalan di kawasan kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap di Laluan Persekutuan FT175, Jalan Gurun – Kepala Batas, dari Taman Kenanga hingga Simpang 3 Kampung Namek, Seksyen 36.30 hingga Seksyen 38.30,
“Ketiga, pemasangan lampu jalan di Laluan Persekutuan FT175, Jalan Gurun – Kepala Batas, dari Selekoh PPD hingga Masjid Zaleha, Seksyen 30.80 hingga Seksyen 31.60, dan Keempat, pemasangan lampu jalan di Laluan Persekutuan FT175, Jalan Gurun – Kepala Batas, dari Kampung Gulau hingga Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau, Seksyen 60.0 hingga Seksyen 61.90,” ujar beliau. – UMNO Online
Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saham MyEG/Zetrix AI Merudum, MOF Perlu Beri Penjelasan Terbuka
- 22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih, Sasar 60,000 Menjelang 2030 – Johari
- Kes Dr Akmal & Teresa Kok: Adab Politik Bukan Pengganti Ujian Undang-Undang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.