Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian

Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian

Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian

KULAI, 22 Okt – Keselamatan pengguna jalan raya, risiko banjir dan kesejahteraan penduduk menjadi antara keutamaan yang diberi perhatian dalam meneliti kemajuan pembangunan serta penambahbaikan infrastruktur di kawasan FELDA Taib Andak dan Jalan ke Inas.

Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, setiap pembangunan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab supaya kemajuan yang dibawa tidak menjejaskan keselamatan dan kehidupan harian masyarakat setempat.

“Keutamaan saya ialah memastikan setiap tindakan susulan dilaksanakan dengan berkesan, bukan sekadar di atas kertas. Rakyat mahu melihat perubahan yang nyata, khususnya dalam mengurangkan risiko banjir, melancarkan perjalanan dan memastikan jalan raya lebih selamat untuk semua pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meneliti pembentangan kemajuan tindakan pihak pemaju berkaitan kawalan hakisan dan kelodak, isu banjir di Jalan ke Inas serta cadangan penambahbaikan persimpangan ke FELDA Taib Andak.

Sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi pelebaran jalan ke FELDA Taib Andak dan pemasangan lampu isyarat pintar, manakala RM1 juta disediakan bagi menangani lokasi panas banjir (hotspot).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Sayang Rakyat: Amal Politik Sihat, Hindari Kebencian


Menurutnya, pelaksanaan projek berkenaan perlu disokong perancangan teknikal yang teliti, penyelarasan antara agensi serta jadual kerja yang jelas supaya manfaatnya dapat dinikmati penduduk.

“Kita memahami kesukaran yang dihadapi penduduk apabila jalan dinaiki air atau perjalanan terganggu setiap kali hujan lebat. Sebab itu, penyelesaian yang dirancang mesti benar-benar berkesan, mengambil kira kapasiti saliran dan memastikan aliran air tidak menimbulkan masalah di kawasan lain,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepentingan pemantauan berterusan terhadap kerja tanah bagi projek pembangunan perumahan dan perdagangan yang melibatkan kawasan seluas 140.577 ekar bagi Fasa 1 dan 168.956 ekar bagi Fasa 2.

Walaupun Pelan Kerja Tanah dan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) telah diluluskan, pemaju perlu memastikan perangkap kelodak, kolam mendapan, saliran sementara dan perlindungan cerun diselenggara dengan baik.

Perhatian turut diberikan kepada sistem saliran kekal berhampiran Fasa 2 serta kerja pembersihan kelodak dan sungai di kawasan rumah pam kilang sawit FGV bagi membantu menangani isu banjir di Jalan ke Inas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah


Dalam masa sama, kebersihan jalan awam sepanjang tempoh pembinaan mesti dipastikan, termasuk pembersihan segera tanah dan kelodak yang boleh menyebabkan jalan licin serta membahayakan penunggang motosikal.

Selaras dengan agenda Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Mohd Jafni menegaskan bahawa pembangunan perlu bergerak seiring dengan penyediaan infrastruktur dan kebajikan rakyat.

“Peruntukan yang disediakan mesti diterjemahkan kepada tindakan, dan tindakan itu pula mesti membawa hasil yang dapat dirasai rakyat. Pemantauan akan diteruskan supaya aspek keselamatan, penyelesaian banjir dan kemudahan jalan raya diberi perhatian sewajarnya,” katanya lagi. – UMNO Online

Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker