27 individu dijangkiti bakteria salmonella selepas makan tiram mentah

27 individu dijangkiti bakteria salmonella selepas makan tiram mentah

27 individu dijangkiti bakteria salmonella selepas makan tiram mentah
TIRAM mentah menjadi punca 27 individu dijangkiti bakteria salmonella. – AFP

WASHINGTON – Hampir 27 individu di 12 negeri di Amerika Syarikat (AS) disahkan dijangkiti bakteria salmonella selepas menikmati tiram mentah, lapor saluran berita The Independent.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memaklumkan, lima mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pennsylvania menjadi negeri paling teruk terjejas dengan mencatatkan lapan kes, diikuti oleh New York dan Virginia.

Hasil siasatan mendapati penularan berpunca daripada produk tiram keluaran syarikat Little Wicomico Oyster Company yang beroperasi di timur laut Virginia.

Ekoran insiden tersebut, syarikat berkenaan secara sukarela menarik balik bekalan tiram yang dituai antara 18 September hingga 8 Oktober lalu, manakala jabatan kesihatan tempatan bertindak menutup sementara kawasan tuaian sebagai langkah pencegahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik


Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS mengesahkan tiram berkenaan telah diedarkan ke restoran dan peruncit di 15 buah negeri termasuk California, Florida, New York, Texas serta Wilayah Columbia.

“Tiram ini berkemungkinan telah diedarkan ke lokasi lain dan jumlah kes dijangka lebih tinggi berbanding rekod semasa,” jelas CDC.

Sehubungan itu, FDA menggesa pihak restoran, peruncit dan orang awam yang menyimpan tiram terbabit di rumah agar segera membuangnya atau memulangkan semula bekalan berkenaan kepada pengedar. – AGENSI

27 individu dijangkiti bakteria salmonella selepas makan tiram mentah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker