ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan

ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan

ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mengingatkan rakyat agar tidak melupakan sejarah di sebalik pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal membawa manfaat besar kepada negara.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata projek berkenaan mula mencatat sejarah pada 9 Ogos 2017 menerusi majlis pecah tanah yang disempurnakan ketika pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang ketika itu merupakan Perdana Menteri.

Ketika itu juga hadir Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Menteri Besar Pahang, Menteri Besar erengganu yang juga Ketua UMNO / Barisan Nasional (BN) negeri masing-masing selain Menteri Besar Kelantan dari parti PAS.

“Kini ECRL akan digunakan oleh rakyat tidak lama lagi. Kaedah pengangkutan rakyat ini sangat penting dan satu ‘game changer’. Lebih daripada itu, kargo juga boleh dibawa dari pelabuhan ke pelabuhan, dari bandar ke bandar raya.

“Baru-baru ini ketika makan tengah hari di Parlimen, rakan-rakan MP (Ahli Parlimen) Kelantan, Terengganu dan Pahang menyebut kepada saya yang mereka boleh berulang-alik dari kawasan dan Parlimen hampir setiap hari jika menggunakan ECRL,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tenom Sedia Galas Tanggungjawab Lebih Besar Demi Rakyat


Katanya, kemudahan tersebut juga berpotensi memudahkan pergerakan penduduk di negeri-negeri Pantai Timur, termasuk perjalanan ulang-alik antara kawasan dan Parlimen, sekali gus menjimatkan masa perjalanan.

Menurut beliau lagi pembangunan ECRL turut dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat apabila peningkatan nilai hartanah, pembangunan perumahan serta pertumbuhan pekan dan bandar baharu berpotensi berlaku di sepanjang laluannya.

“Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan yang berpandangan jauh, telah menghasilkan prasarana rakyat dan negara yang amat bermakna ini.

“Jangan kita lupa siapa yang memulakannya dan tokoh yang sama telah memulakan banyak perkara bermanfaat kepada rakyat dan negara.

“Jadilah anak bangsa yang menghargai dan tidak melupakan jasa pimpinan dan parti yang sudah banyak menabur jasa,” ujar beliau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Kita Birukan Melaka!”… Ab Rauf Pacu Gelombang Biru Hadapi PRN Ke-16


Projek ECRL merupakan projek infrastruktur rel yang menghubungkan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat, merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum berakhir di Pelabuhan Klang.

Projek sepanjang kira-kira 665 kilometer itu bertujuan meningkatkan jaringan pengangkutan penumpang dan kargo, selain memperkukuh hubungan ekonomi antara wilayah serta membuka peluang pembangunan baharu di sepanjang laluannya. – UMNO Online

ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker