Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi

Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi

Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah memaklumkan pembangunan Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap sebagai pusat tumpuan industri getah berteknologi tinggi dengan menghubungkan penyediaan tapak industri, bekalan bahan mentah, tenaga kerja berkemahiran serta jaringan pelaburan.

Beliau berkata pendekatan ini selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan Pelan Pembangunan Strategik NCER 2026-2030 untuk memperluas kegiatan ekonomi bernilai tinggi dan manfaat pembangunan kepada penduduk setempat.

“KRC meliputi kira-kira 1,250 ekar di atas tanah hakmilik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dipajakkan kepada pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi pembangunan industri jangka panjang.

“Kerajaan Persekutuan telah menyediakan pelaburan sebanyak RM613 juta bagi pembangunan KRC, termasuk pengambilan tanah dan penyediaan infrastruktur. Infrakstruktur ini menyediakan tapak untuk kegunaan industri dan pelabur.

“Bagi melancarkan urusan pelabur di KRC, NCIA telah menubuhkan Pembangunan Pusat Perniagaan Bersepadu (IBC) dengan peruntukan sebanyak RM15 juta yang akan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan dan rujukan berpusat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tenom Sedia Galas Tanggungjawab Lebih Besar Demi Rakyat


Mohd Shahar berkata demikian ketika menjawab Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) berkenaan perancangan jangka panjang untuk projek KRC Padang Terap berkaitan ekosistem sokongan industri seperti industri hiliran getah dan lalu lintas industri.

Mengulas lanjut kata Mohd Shahar lagi, pembangunan jangka panjang sektor huluan dengan keperluan industri di KRC diselaraskan melalui kerjasama NCIA, Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan RISDA melalui insentif penanaman semula, peningkatan produktiviti kebun, serta penggunaan teknologi.

Katanya hubungan ini sekaligus melengkapi usaha pembangunan bekalan tempatan dan pengukuhan industri hiliran di KRC.

“Dari aspek pembangunan bakat, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan pihak industri sedang menyelaraskan kurikulum Kolej KEDA dengan keperluan teknologi semasa.

“Kerjasama ini akan diperluas melalui latihan berasaskan keperluan majikan, latihan amali dan penempatan industri bersama institusi seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darulaman (KISMEC) dan Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dengan penglibatan LGM serta RISDA mengikut bidang kepakaran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Kita Birukan Melaka!”… Ab Rauf Pacu Gelombang Biru Hadapi PRN Ke-16


“Cadangan latihan merangkumi pemprosesan getah, teknologi pembuatan tayar, automasi, penyelenggaraan, kawalan mutu dan logistik.

“Kemasukan pelaburan ke KRC kini diselaraskan dengan pembangunan rantaian bekalan tempatan. Komitmen pelaburan sedia ada mendorong penyertaan PMKS. Program pemadanan perniagaan dan pembangunan vendor dilaksanakan merentasi bidang pembungkusan, logistik dan perkhidmatan penyelenggaraan,” ujar beliau. – UMNO Online

Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker