Rais Hargai Kepercayaan, Sedia Galas Amanah Calon BN Sungai Udang
Rais Hargai Kepercayaan, Sedia Galas Amanah Calon BN Sungai Udang

TANGGA BATU, 25 Okt – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin merakamkan penghargaan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mewakili parti itu sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November depan.
Beliau menzahirkan penghargaan khusus kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengarah Pilihan Raya BN Negeri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas kepercayaan tersebut.
Rais berkata amanah yang diberikan itu akan digalas dengan penuh keikhlasan dan komitmen demi kepentingan rakyat Sungai Udang.
“Insya-Allah, amanah ini akan saya galas dengan penuh keikhlasan dan komitmen demi rakyat Sungai Udang Kampung Kita,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan.
Beliau turut memohon doa serta sokongan semua pihak bagi memastikan perjuangan BN di DUN Sungai Udang mendapat dukungan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafi Gesa Tindakan Tegas Bom Ikan, Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Labuan
- Aspek Keselamatan Pekerja Tidak Boleh Dikompromi
“Kita Birukan Melaka!”… Ab Rauf Pacu Gelombang Biru Hadapi PRN Ke-16
Pengumuman pencalonan itu menjadi amanah penting buat Rais untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat setempat, selain memperkukuh keyakinan rakyat terhadap perjuangan BN menjelang PRN Melaka.
Dengan semangat ‘Birukan Melaka’, Kita Geng Biru ‘ beliau berharap DUN Sungai Udang akan menjadi DUN selepas Paya Rumout untuk beliau berkhidmat kepada masyarakat setempat. – UMNO Online
Rais Hargai Kepercayaan, Sedia Galas Amanah Calon BN Sungai Udang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Parti Politik: Melangkaui Kepimpinan Karismatik dan Legasi Individu
- Wanita BN Perkemas Kesiapsiagaan Jentera Pilihan Raya
- Program Saling Mengasihi Dekatkan UMNO Lahad Datu Dengan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.