Pang Ron-Pei Jing mahu lupakan kekalahan final Terbuka Perancis

Pang Ron-Pei Jing mahu lupakan kekalahan final Terbuka Perancis

Pang Ron-Pei Jing mahu lupakan kekalahan final Terbuka Perancis
PANG Ron (kiri) dan Pei Jing. FOTO AIZUDDIN SAAD

Kuala Lumpur: Pasangan profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing enggan menjadikan kekalahan pada final Terbuka Perancis sebagai alasan untuk mengalah, sebaliknya bertekad terus memperbaiki kelemahan demi memburu kemenangan ke atas lawan yang sukar ditundukkan itu.

Jelas Pei Jing , mereka sudah merencana pelbagai strategi setiap kali bertemu pasangan nombor satu dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, namun masih belum menemui formula terbaik untuk mengatasi lawan berkenaan.

“Sebenarnya, setiap kali kami bertemu mereka, kami cuba sedaya upaya dan mencuba strategi baharu. Tetapi, mereka memang terlalu sukar untuk kami tewaskan.

“Apa pun, kami tidak akan berputus asa sehingga suatu hari nanti kami berjaya menewaskan mereka. Yang pasti, kita jangan cepat mengalah,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dalam perlawanan akhir itu, perbezaan pengalaman jelas kelihatan apabila Yan Zhe-Dong Ping hanya memerlukan 37 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-10, 21-13.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Nombor Plat H ‘Dedak’ – Gulam Muszaffar


Kekalahan itu juga menjadi yang ketiga berturut-turut buat Pang Ron-Pei Jing sekali gus menjadikan rekod pertemuan mereka 0-3.

Sementara itu, bagi Pang Ron , mereka perlu memperkemas komunikasi dan lebih kerap berbincang mengenai strategi bagi memastikan corak permainan lebih tersusun, selain mengelakkan salah faham ketika beraksi di gelanggang.

“Bagi saya, sebagai pasangan, kami perlu lebih banyak berbincang mengenai strategi kerana ketika ini, corak permainan kami masih agak spontan.

“Maksud saya, bukanlah terlalu spontan, tetapi kami perlu mencari cara untuk menjadikan permainan lebih mantap kerana kadangkala masih berlaku salah faham antara kami.

“Jadi, saya berharap kami dapat terus memperbaiki prestasi dan menjadi semakin baik pada masa akan datang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial


Ketika ditanya mengenai pengalamannya sebagai pemain profesional bebas, Pang Ron melihat dia dapat menikmati permainan dengan lebih bebas, sekali gus membantunya mengurangkan tekanan dan memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

“Bagi saya, sebagai pemain bebas sekarang, saya menikmati kehidupan saya. Setiap perlawanan adalah sesuatu yang menggembirakan saya. Kami tidak tahu bila perlawanan terakhir kami, jadi saya hanya mahu menikmati setiap perlawanan.

“Seperti yang anda lihat dalam perlawanan sebelum ini, saya ada melakukan sedikit tarian kerana saya berasa sangat gembira. Saya juga mahu melepaskan tekanan dan segala-galanya. Jadi, perkara paling penting ialah saya gembira,” katanya.

Selepas ini, beregu di ranking ke-31 dunia itu akan meneruskan perjuangan pada Terbuka Hylo yang berlangsung esok hingga 1 November depan.

Untuk rekod, sejak digandingkan pada Mei tahun ini, Pang Ron-Pei Jing mencatat beberapa keputusan positif, termasuk dua kali muncul naib juara pada Terbuka China dan Terbuka Perancis, selain mara ke separuh akhir Terbuka Macau serta Terbuka Denmark.

Pang Ron-Pei Jing mahu lupakan kekalahan final Terbuka Perancis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
  2. ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
  3. Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tuduhan Kewangan JALB Tidak Boleh Dipandang Ringan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker