Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf

AYER KEROH, 25 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tegas berkata negeri itu tidak mengamalkan politik fitnah dan kebencian.
Katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ketua Menteri, BN dalam mengurus tadbir lebih fokus kepada kepentingan rakyat dan berusaha memajukan negeri.
“Bumi Melaka bukan bumi politik kebencian. Bumi Melaka bukan bumi politik jahat. Bumi Melaka bukan bumi politik fitnah.
“Kita menjalankan urusan… dalam keadaan yang begitu harmoni, menjalinkan silaturahim dengan semua orang agar kita dapat membina Melaka yang begitu santunnya kepada rakyat,” katanya di hadapan lebih lima ribu jentera BN.
Ab Rauf berkata demikian di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan pengumuman calon BN di MITC, di sini malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Generasi Muda Perlu Hayati, Pertahan Warisan Sejarah Melayu
- Ahmad Zahid Turun Padang Bersama Warga Bagan Datuk
- Rais Hargai Kepercayaan, Sedia Galas Amanah Calon BN Sungai Udang
Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial
Hadir sama Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, pimpinan pusat dan negeri serta jentera parti dari seluruh negeri.
Seterusnya, Ab Rauf menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan dan memberi penghargaan kepada penjawat awam negeri yang komited menjalankan tugas.
“Alhamdulillah, saya cukup berbangga dengan kekuatan lebih 30,000 penjawat awam terus berganding bahu bersama-sama kerajaan negeri, bukan sekadar melaksanakan tugas tetapi turun ke lapangan mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.
“Buktinya, Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ataupun WRUR yang kita kerahkan ke seluruh 28 DUN, dan 5,170 aduan telah kita terima, dan 3,820 daripadanya telah berjaya diselesaikan,” katanya.
Begitu juga katanya, Melaka turut muncul antara negeri terhadapan melaksanakan reformasi kerenah birokrasi dengan penjimatan sebanyak RM13.5 juta setahun hasil pelbagai inisiatif meningkatkan kecekapan urusan kerajaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Parti Politik: Melangkaui Kepimpinan Karismatik dan Legasi Individu
- Wanita BN Perkemas Kesiapsiagaan Jentera Pilihan Raya
- Program Saling Mengasihi Dekatkan UMNO Lahad Datu Dengan Rakyat
“Malah, daripada sudut pengurusan aduan, negeri ini turut mendapat pengiktirafan melalui pelaksanaan Naziran Pengurusan Aduan Awam Tahun 2025.
“Dan ada satu lagi kebanggaan yang cukup membanggakan. Pada 19 Oktober yang lalu, Sistem Kampung Digital telah menerima pengiktirafan antarabangsa melalui Digital Community Innovation Excellence Award di Haikou, China,” katanya.
Jelasnya, semua hasil tersebut daripada penyampaian perkhidmatan kepada transformasi digital, pembaharuan birokrasi hingga kepada pengiktirafan antarabangsa, ia merupakan sebahagian daripada rekod pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh BN.
“Dan pada malam ini, detik ini, saya mahu membuka lembaran pertama, lembaran yang menggariskan 103 inisiatif dalam Manifesto Barisan Nasional 2021-2026. Dan daripada itu, sebanyak 96 inisiatif telah berjaya dilaksanakan dan diselesaikan.
“Baki tujuh lagi telah dilaksanakan, sebahagiannya masih lagi memerlukan tindakan susulan. Ini bermakna, tiada satu pun direkodkan sebagai belum dilaksanakan. Inilah rekod yang kita bentangkan untuk dinilai kepada rakyat.
“Kita tidak mahu sekadar bercakap tentang apa yang kita janjikan, tapi kita berani menunjukkan apa yang telah kita laksanakan. Kerana bagi saya, rakyat berhak mengetahui sejauh mana janji yang telah kita tunaikan,” katanya. – UMNO Online
Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.