Rindu bergandingan terubat dengan juara Terbuka Perancis
Rindu bergandingan terubat dengan juara Terbuka Perancis

Kuala Lumpur: Selepas sekian lama tidak bergandingan, kerinduan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, untuk kembali beraksi bersama terubat dengan penuh bermakna apabila mereka mencipta kejutan menjuarai Terbuka Perancis di Arena Grand Paris, semalam.
Wei Chong berkata, mereka tidak terlalu memikirkan soal kemenangan atau kekalahan ketika turun berdepan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sebaliknya hanya mahu memberikan aksi terbaik dan berjuang mendapatkan setiap mata.
“Kami sedar kami adalah pasangan bukan pilihan. Jadi, kami hanya mahu memberikan aksi terbaik dan cuba mendapatkan setiap mata,” katanya kepada BWF selepas perlawanan.
Sementara itu, Kai Wun berkata, peningkatan konsistensi menjadi antara faktor penting yang membantu mereka mengharungi cabaran di Paris, dengan fokus diberikan kepada setiap perlawanan dan usaha memberikan yang terbaik hingga ke mata terakhir.
Katanya, mereka berharap dapat meneruskan rentak positif selepas kembali bergandingan, apatah lagi kedua-duanya sudah berpasangan selama kira-kira lima hingga enam tahun sebelum ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
Wei Chong turut menyifatkan kejayaan itu sebagai sesuatu yang istimewa buat Malaysia, selain berharap lebih banyak pasangan negara dapat bersaing bersama mereka di pentas antarabangsa.
“Kami bangga dapat mencipta sejarah menerusi pertembungan sesama Malaysia di final Terbuka Perancis ini. Saya juga berharap lebih banyak pasangan dari Malaysia dapat bersaing bersama-sama kami,” katanya.
Dalam pada itu, Wei Chong berkata, mereka tidak meletakkan sasaran khusus bagi beberapa kejohanan sebelum ini kerana dia baru pulih daripada kecederaan lutut, namun percaya keadaan itu membantu mereka beraksi tanpa tekanan.
Dia turut memaklumkan kecederaan lututnya kini hampir pulih sepenuhnya, manakala Kai Wun berharap kejayaan di Paris menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian selepas ini.
Pada aksi final, Wei Chong-Kai Wun bangkit selepas tewas set pertama untuk menundukkan pasangan pilihan keenam itu 13-21, 21-15, 21-7 dalam tempoh 44 minit, sekali gus meraih gelaran pertama mereka sejak menjuarai Masters Malaysia pada Mei tahun lalu.
Rindu bergandingan terubat dengan juara Terbuka Perancis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
- ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
- Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.