Selesai kemelut, Zii Jia kembali berjuang di Terbuka Hylo

Selesai kemelut, Zii Jia kembali berjuang di Terbuka Hylo

Selesai kemelut, Zii Jia kembali berjuang di Terbuka Hylo
LEE Zii Jia. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI

Kuala Lumpur: Selepas kemelut pertikaian di mahkamah keluarga diselesaikan, Lee Zii Jia kembali mengalihkan fokus kepada gelanggang badminton apabila beraksi di Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman yang bermula esok.

Pemain nombor 42 dunia itu berharap dapat meneruskan momentum selepas mara ke separuh akhir Terbuka Artik di Finland awal bulan ini.

Zii Jia dan keluarganya mencapai penyelesaian secara baik di Mahkamah Tinggi pada 20 Oktober lalu berhubung pertikaian kewangan dan pengurusan membabitkan syarikat pengurusannya.

Bekas juara Seluruh England itu akan membuka kempen menentang pemain Singapura, Jason Teh, pada pusingan pertama.

Kemenangan akan menemukan Zii Jia dengan pilihan kelima dari Jepun, Kodai Naraoka, pada pusingan kedua, manakala pilihan keempat dari Indonesia, Jonatan Christie, berpotensi menjadi lawannya di suku akhir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Nombor Plat H ‘Dedak’ – Gulam Muszaffar


Sementara itu, pemain nombor 58 dunia, Cheam June Wei akan membuka kempen menentang wakil India, Kiran George.

Pemenang perlawanan itu akan berdepan sama ada pemain Finland, Joakim Oldorff atau pilihan ketujuh dari India, Lakshya Sen.

Dalam acara beregu lelaki, juara Terbuka Artik, Aaron Tai dan Yap Roy King akan menentang pasangan Jerman, Malik Bourakkadi-Kenneth Neumann pada pusingan pertama, manakala rakan senegara, Chia Weijie-Teo Ee Yi berdepan cabaran lebih sukar menentang pilihan kedua dari England, Ben Lane-Sean Vendy.

Dalam acara beregu wanita, pasangan nombor 27 dunia, Ong Xin Yee-Carmen Ting akan menentang wakil England, Abbygael Harris-Estelle van Leeuwen.

Sementara itu, beregu campuran, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mahu meneruskan prestasi cemerlang selepas mara ke separuh akhir Terbuka Denmark dan muncul naib juara Terbuka Perancis.

Selesai kemelut, Zii Jia kembali berjuang di Terbuka Hylo


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
  2. ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
  3. Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tuduhan Kewangan JALB Tidak Boleh Dipandang Ringan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker