Remaja perempuan diserang sawan cedera jatuh flet
Remaja perempuan diserang sawan cedera jatuh flet

JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan cedera selepas dipercayai diserang sawan sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah flet di kawasan Tampoi di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, mangsa, 18, ditemui terbaring di kaki lima bangunan dalam keadaan sedar.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami serangan sawan ketika menjenguk ke bawah dari tembok tangga sebelum hilang kawalan lalu terjatuh.
“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala, leher, pergelangan tangan kiri serta kaki kanan,” katanya menerusi kenyataan.
Menurutnya, mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan berada dalam pemantauan pihak perubatan.
Susulan kejadian itu, polis mengenal pasti empat saksi dan akan merakam percakapan mereka bagi membantu melengkapkan siasatan.
Remaja perempuan diserang sawan cedera jatuh flet
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan
- Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.