Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan
Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan

KUALA LINGGI, 1 Nov – Nasib dan kebajikan komuniti nelayan di Kuala Linggi tidak boleh terus dipinggirkan, terutama membabitkan isu lesen menangkap ikan serta kemudahan jeti yang selamat dan sempurna.
Itu antara komitmen calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah yang mahukan permasalahan dihadapi golongan nelayan diberikan perhatian serius, sekali gus memastikan mereka dapat mencari rezeki tanpa dibayangi risiko tindakan undang-undang dan ancaman keselamatan.
Katanya, golongan nelayan yang saban hari turun ke laut untuk menyara keluarga tidak seharusnya terus dibebani masalah kemudahan asas yang boleh menjejaskan mata pencarian mereka.
“Keutamaan saya adalah untuk membantu nelayan yang belum mempunyai lesen menangkap ikan untuk mengelakkan mereka berdepan risiko tindakan undang-undang dan denda tinggi sekiranya ditahan ketika turun ke laut.
“Nelayan sekarang ada yang membina jeti sendiri berdasarkan kemampuan. Kalau ada rezeki lebih, mereka bina lebih baik. Kalau tidak, sekadar apa yang termampu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- CSA: Kestabilan Politik Dan Reformasi Institusi Demi Kepentingan Rakyat
- Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau
- Calon Dikenali, Rekod Prestasi Jadi Kekuatan BN – Azalina
Beri Mandat Besar Pada BN Demi Kestabilan, Keyakinan Pelabur – Mohamad Hasan
“Kita tidak mahu mereka terus menggunakan kemudahan yang tidak menjamin keselamatan.Mereka sudah berdepan kesukaran mencari rezeki, jangan pula kemudahan asas menambahkan risiko kepada mereka,” katanya kepada media, di sini.
Mengulas lanjut, beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan bantuan subsidi atau penyediaan peralatan seperti jaring dan enjin bot bagi mengurangkan kos operasi golongan berkenaan.

“Pendekatan mendengar sendiri keluhan nelayan juga penting kerana komuniti itu mempunyai pelbagai masalah yang tidak semestinya dapat diselesaikan hanya melalui pertemuan dan perbincangan secara terbuka.
“Saya menyokong usaha memperkenalkan teknologi moden termasuk peralatan pengesan ikan bagi membantu nelayan meningkatkan keberkesanan aktiviti menangkap ikan dan pendapatan mereka,” katanya lagi.
Seterusnya beliau yakin komuniti berkenaan akan memberikan sokongan kepada BN pada PRN kali ini, namun enggan membuat sebarang anggaran kerana keputusan undi hanya diketahui selepas proses pengundian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Dana Projek Jalan Luar Bandar Sabah: PM, MOF Digesa Segera Selesaikan Kekangan
- Politik Konten PH … Tiba-tiba Muncul Waktu Pilihan Raya
- PRN Melaka: Rakyat Tentukan, Keyakinan Politik Bukan Angkuh
Jentera BN Perkukuh Kesatuan, Elak Terjebak Adu Domba – Dr Azhar
“Harapan saya, jika diberi mandat, saya mahu membawa suara dan masalah mereka ke dalam Dewan (DUN). Perkara yang tidak sempat diselesaikan pada satu peringkat akan terus diusahakan melalui saluran lain.
“Yang penting, saya mahu merasai sendiri denyut nadi kehidupan mereka dan mencari alternatif untuk meringankan beban golongan nelayan,” ujarnya. – UMNO Online
Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf
- Kesiagaan Tinggi, Semangat Jentera BN Jadi Modal Kempen – Mahdzir
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.