Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau

Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau

Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau

JASIN, 1 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mahu rekod perkhidmatan sepanjang empat tahun 11 bulan menjadi asas kepada pengundi untuk menilai kelayakannya meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, meskipun sekali lagi diberikan kepercayaan untuk mewakili BN di kerusi berkenaan, mengekalkan kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah kerana kepercayaan rakyat perlu terus dipertahankan.

Menurutnya, beliau menyerahkan rekod perkhidmatan sepanjang tempoh tersebut kepada rakyat di kawasan berkenaan untuk dinilai secara adil.

“Saya tidak melobi untuk minta undi, tapi saya minta untuk dipertimbangkan. Jika perkhidmatan saya baik, maka teruskan berikan kepercayaan pada saya. Jika tidak, mungkin boleh bagi pada orang lain,” katanya kepada UMNO-Online.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala hari pengundian awal pada 10 November.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gema Melaka: Ahmad Zahid Tekankan Pembinaan Generasi Masa Depan


Mengulas mengenai serangan peribadi dan penyebaran gambar yang disunting bagi memburukkan dirinya, Akmal berkata, beliau percaya rakyat kini semakin matang dalam menilai sesuatu perkara dan mampu membezakan antara usaha memburukkan individu dengan penilaian terhadap prestasi seseorang wakil rakyat.

Katanya, penggunaan sentimen tidak sihat dalam kempen pilihan raya berkemungkinan mengundang penolakan pengundi yang mahukan pendekatan lebih matang dan berasaskan perkhidmatan.

“Saya percaya pengundi di Merlimau khususnya dan di Melaka secara amnya dah tahu dah nak pilih siapa,” katanya.

Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa pendekatannya bertemu masyarakat bukan semata-mata untuk meminta undi, sebaliknya memohon doa dan menyerahkan keputusan kepada kebijaksanaan pengundi.

Menurutnya, kepercayaan yang diberikan rakyat merupakan amanah besar yang perlu dijaga menerusi khidmat berterusan kepada masyarakat.

“Saya tak minta untuk diangkat jadi pemimpin. Tapi apa yang saya minta adalah kepercayaan. Orang kampung percaya saya, insya-Allah kepercayaan itu akan saya sia-siakan,” katanya.- UMNO Online

Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau

Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Dekati Pengundi, Bawa Rekod Pencapaian Kerajaan Negeri

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker