Calon Dikenali, Rekod Prestasi Jadi Kekuatan BN – Azalina

Calon Dikenali, Rekod Prestasi Jadi Kekuatan BN – Azalina

Calon Dikenali, Rekod Prestasi Jadi Kekuatan BN – Azalina

HANG TUAH JAYA, 1 Nov – Rekod prestasi kerajaan negeri serta pemilihan calon yang dikenali dan dekat dengan masyarakat setempat menjadi antara kekuatan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, kesinambungan usaha dan pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan negeri perlu diteruskan menerusi calon-calon yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik serta memenuhi keperluan rakyat.

Menurutnya, pengundi dalam pilihan raya negeri lazimnya memberikan perhatian kepada calon yang mereka kenali, mudah dihubungi dan memahami permasalahan masyarakat di kawasan masing-masing.

“Perkara yang sangat penting dalam Pilihan Raya Negeri ialah pengundi mahu menilai calon-calon tempatan. Pertama, mereka mahu calon yang mereka kenali. Kedua, mereka mahu calon yang mudah dihubungi dan diketahui tempat tinggalnya, supaya apabila timbul masalah selepas mereka mengundi, mereka tahu ke mana hendak pergi dan siapa yang boleh membantu,” katanya kepada UMNO Online.

Azalina berkata, keutamaan BN dan UMNO adalah mengetengahkan calon yang benar-benar memahami masyarakat setempat, sekali gus memastikan kesinambungan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gema Melaka: Ahmad Zahid Tekankan Pembinaan Generasi Masa Depan

Jelasnya, calon yang ditawarkan perlu memiliki kepercayaan pengundi dan membuktikan komitmen untuk terus berada di kawasan serta membantu menyelesaikan masalah masyarakat.

“Pengundi perlu percaya bahawa calon itu tidak akan meninggalkan mereka, sebaliknya akan terus berada di kawasan dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan calon supaya menjadikan perkhidmatan kepada rakyat sebagai keutamaan dalam manifesto dan setiap dialog bersama pengundi, kerana masyarakat mahukan wakil rakyat yang mampu menyelesaikan permasalahan mereka.

Dalam pada itu, Azalina mengingatkan jentera parti dan calon agar tidak terlalu selesa dengan rekod prestasi kerajaan negeri, sebaliknya perlu bersedia menghadapi cabaran sepanjang tempoh berkempen.

Katanya, penyebaran fitnah menerusi telefon bimbit dan media sosial yang berlaku dengan pantas memerlukan tindakan segera bagi memastikan maklumat yang tidak benar dapat ditangkis.- UMNO Online

 

Calon Dikenali, Rekod Prestasi Jadi Kekuatan BN – Azalina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Dekati Pengundi, Bawa Rekod Pencapaian Kerajaan Negeri

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker