Gema Melaka: Ahmad Zahid Tekankan Pembinaan Generasi Masa Depan
Gema Melaka: Ahmad Zahid Tekankan Pembinaan Generasi Masa Depan

AYER LIMAU, 31 Okt – Pembinaan generasi berilmu, berakhlak dan mempunyai jati diri kukuh sejak usia awal perlu menjadi keutamaan dalam memastikan masa depan Melaka terus terpelihara serta berkembang maju.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemajuan sesebuah negeri tidak hanya bergantung kepada pembangunan fizikal, sebaliknya bermula daripada asas keluarga sejahtera dan pendidikan awal yang berkualiti.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika menghadiri Program GEMA Peringkat Negeri Melaka bersama warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), ibu bapa serta anak-anak di FELCRA Ramuan China, hari ini.
Menurutnya, usaha membentuk generasi masa depan perlu dimulakan sejak kecil dengan memberikan pendedahan kepada ilmu pengetahuan, nilai keagamaan dan pembentukan akhlak.
“Bagi saya, kemajuan sesebuah negeri bermula daripada asas yang kukuh, iaitu keluarga yang sejahtera dan generasi yang dibentuk dengan ilmu, akhlak serta jati diri sejak usia awal,” katanya.
Beliau turut melahirkan rasa gembira melihat semangat anak-anak TABIKA KEMAS yang bukan sahaja menerima pendidikan asas, malah turut didedahkan dengan penghayatan al-Quran menerusi inisiatif Pra Tahfiz KEMAS.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tirai PRN Melaka Dibuka, Misi Pertahan Mandat BN Bermula
- Tangguh Sampai Bila? 127 Projek Jalan Luar Bandar Terjejas
- PRN Melaka: Solidariti UMNO Sabah Bersama Pertahan Kemenangan BN
“Mana Lagi… Melaka Ler” Dan “Kita Geng Biru” Gegarkan Tanjung Bidara
Katanya, inisiatif berkenaan merupakan antara usaha penting dalam menyemai kecintaan terhadap al-Quran serta membentuk keperibadian anak-anak sejak peringkat awal kehidupan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Melaka mempunyai asas dan potensi besar untuk terus melangkah ke hadapan, justeru segala pencapaian yang telah dibina perlu dipelihara dan diperkukuh.
“Apa yang telah kita bina dengan baik perlu terus dipelihara dan diperkukuh supaya kemajuan serta kesejahteraan negeri ini dapat diwariskan kepada generasi seterusnya,” katanya.
Beliau menegaskan, pembangunan generasi muda bukan sekadar melahirkan individu yang cemerlang dalam pendidikan, tetapi turut memastikan mereka mempunyai nilai murni, kekuatan sahsiah dan keupayaan menyumbang kepada masyarakat.
“Insya-Allah, kita mahu melihat anak-anak Melaka hari ini membesar menjadi generasi yang bukan sahaja berjaya, tetapi turut mampu membawa negeri ini lebih jauh pada masa hadapan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sayang Rakyat: Lihat Bukti, Perkukuh Keyakinan
- Santuni Rakyat Dengan Hati, Berbakti Dengan Ikhlas – Tuminah Kadi
_
Usaha memperkukuh pendidikan awal melalui KEMAS dilihat sebagai pelaburan jangka panjang dalam melahirkan generasi berkualiti yang bakal menjadi pewaris kepimpinan dan pembangunan negeri serta negara. – UMNO Online
Gema Melaka: Ahmad Zahid Tekankan Pembinaan Generasi Masa Depan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru BN-PN Warnai Melaka, Muafakat Terus Diperkukuh
- Pengalaman Dan Kecekapan Penting, Jangan Salah Pilih – Ab Rauf
- Abdul Hakim Teruskan ‘BN Sayang Rakyat’, Semai Kempen Berhemah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka 2026: Bertanding Dengan Bermaruah, Berkempen Dengan Berhemah
You must be logged in to post a comment.