Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf
Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf

TABOH NANING, 1 Nov – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memperlihatkan perkembangan positif apabila jentera serta penyokong kedua-dua parti semakin menunjukkan kesepaduan dalam gerak kerja kempen di seluruh 28 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau amat gembira dan teruja melihat sambutan serta gelombang sokongan yang ditunjukkan jentera dan penyokong BN-PN sejak hari pertama kempen.
Jelasnya, kehadiran penyokong kedua-dua parti yang begitu ramai dan seimbang di semua kawasan mencerminkan keikhlasan serta kesungguhan dalam menjayakan kerjasama politik berkenaan.
“Ini kali pertama kita zahirkan kerjasama antara BN dan PN dari segi gerak kerja serta jentera. Ia memperlihatkan kebersamaan yang utuh dan keikhlasan yang tuntas, bukan sahaja dalam kalangan pimpinan tertinggi, malah pimpinan bahagian dan kawasan serta penyokong masing-masing.
“Ini mencerminkan bahawa hasrat dan harapan rakyat di peringkat akar umbi yang mahu melihat kerjasama serta pengukuhan ini benar-benar berlaku,” katanya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Cherana Puteh, Taboh Naning, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- CSA: Kestabilan Politik Dan Reformasi Institusi Demi Kepentingan Rakyat
- Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau
- Calon Dikenali, Rekod Prestasi Jadi Kekuatan BN – Azalina
Beri Mandat Besar Pada BN Demi Kestabilan, Keyakinan Pelabur – Mohamad Hasan
Turut hadir Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa; calon BN DUN Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin; ADUN Johol Datuk Saiful Yazan Sulaiman serta pengundi-pengundi.
Mengulas lanjut, Asyraf yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), perkembangan lebih menarik dapat dilihat menerusi kehadiran masyarakat setempat yang semakin terbuka menyertai program kempen, termasuk masyarakat berbilang kaum.
“Apabila kita mengadakan program di kampung, yang hadir bukan orang luar tetapi masyarakat kampung itu sendiri. Orang Cina pun datang ramai. Ini sesuatu yang luar biasa kerana perkara seperti ini tidak berlaku sebelum ini.
“Saya melihat inilah titik perubahan yang kita impikan, apabila masyarakat pelbagai kaum semakin terbuka untuk bersama-sama dalam program dan gerak kerja yang dilaksanakan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Dr Asyraf berkata, jawatankuasa penyediaan manifesto bersama BN-PN telah diwujudkan dan kini sedang mengadakan perbincangan bagi menyelaraskan intipati tawaran kedua-dua gabungan.
“Kesepakatan untuk menghasilkan manifesto bersama itu membolehkan segala dasar dan cadangan daripada BN serta PN diselaraskan dalam satu tawaran yang lebih menyeluruh kepada rakyat Melaka.
“Kita telah sepakat untuk menghasilkan manifesto bersama, menawarkan kepada rakyat secara bersama dan melancarkannya juga secara bersama,” ujarnya. – UMNO Online
Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Dana Projek Jalan Luar Bandar Sabah: PM, MOF Digesa Segera Selesaikan Kekangan
- Politik Konten PH … Tiba-tiba Muncul Waktu Pilihan Raya
- PRN Melaka: Rakyat Tentukan, Keyakinan Politik Bukan Angkuh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jentera BN Perkukuh Kesatuan, Elak Terjebak Adu Domba – Dr Azhar
You must be logged in to post a comment.