Beri Mandat Besar Pada BN Demi Kestabilan, Keyakinan Pelabur – Mohamad Hasan

Beri Mandat Besar Pada BN Demi Kestabilan, Keyakinan Pelabur – Mohamad Hasan

MASJID TANAH, 1 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan mandat besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka amat penting bagi memastikan kestabilan politik terus terpelihara sekali gus mengekalkan keyakinan pelabur asing dan pelancong terhadap negeri itu.

Beliau berkata, mandat besar daripada rakyat bukan sekadar memberikan kekuatan kepada kerajaan yang dibentuk, malah menjadi manifestasi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan serta hala tuju pentadbiran negeri.

Menurutnya, kestabilan politik merupakan antara faktor utama yang menjadi pertimbangan syarikat multinasional dalam mengekalkan operasi, memperluaskan perniagaan dan membawa masuk pelaburan baharu ke Melaka.

Beri Mandat Besar Pada BN Demi Kestabilan, Keyakinan Pelabur – Mohamad Hasan
Beri Mandat Besar Pada BN Demi Kestabilan, Keyakinan Pelabur – Mohamad Hasan

“Tidak ada mana-mana syarikat multinasional yang akan menambah pelaburan atau membawa masuk modal mereka ke negeri yang tidak mempunyai mandat besar serta kestabilan politik yang baik.

“Justeru, kita memerlukan mandat yang kukuh supaya kerajaan BN dapat terus mentadbir Melaka dengan stabil, mengekalkan momentum pembangunan sedia ada dan membina keyakinan pelabur untuk terus melabur di negeri ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gema Melaka: Ahmad Zahid Tekankan Pembinaan Generasi Masa Depan


Beliau yang juga Menteri Luar berkata demikian kepada UMNO Online dalam wawancara sempena PRN Melaka.

Mohamad berkata, kestabilan politik juga mempunyai kaitan langsung dengan perkembangan sektor pelancongan yang menjadi antara penyumbang utama ekonomi Melaka.

Katanya, keyakinan pelancong untuk berkunjung ke sesebuah destinasi turut dipengaruhi suasana politik dan keadaan negara yang aman serta stabil.

Beliau mengambil contoh Malaysia yang berjaya menerima 42 juta kedatangan pelancong pada tahun lalu, sekali gus mengatasi Thailand buat pertama kali dari segi jumlah ketibaan pelancong antarabangsa.

“Kenapa pelancong datang ke Malaysia? Kerana negara kita mempunyai kestabilan dan tidak berdepan masalah yang boleh menjejaskan keyakinan mereka.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN Melaka 2026: Bertanding Dengan Bermaruah, Berkempen Dengan Berhemah


“Melaka juga perlu mengekalkan kestabilan ini kerana sektor pelancongan merupakan antara industri utama yang menggerakkan ekonomi negeri,” katanya.

Menurut beliau, manfaat daripada perkembangan sektor pelancongan bukan hanya dinikmati pengusaha hotel atau syarikat besar, sebaliknya turut memberi limpahan ekonomi secara langsung kepada rakyat.

Jelasnya, pengusaha inap desa, peniaga makanan, pengusaha teksi, pengendali pengangkutan serta pelbagai sektor perkhidmatan lain turut bergantung kepada kemasukan pelancong.

Malah, katanya, perkembangan industri berkenaan juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada golongan muda, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Sehubungan itu, Mohamad menyeru rakyat Melaka supaya memberikan mandat yang kukuh kepada BN pada 14 haribulan bagi membolehkan kerajaan yang stabil dibentuk demi meneruskan pembangunan dan kemajuan negeri.

“Jadi, rakyat Melaka perlu terus bersama-sama membina sebuah negeri yang cemerlang. Mandat yang kuat kepada BN amat penting untuk memastikan kestabilan, menarik lebih banyak pelaburan, mengembangkan industri pelancongan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Inilah asas untuk memastikan Melaka terus maju dan kekal sebagai antara negeri yang cemerlang di negara ini,” katanya.

Pada PRN Melaka 2021, BN membentuk kerajaan selepas menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, manakala PH menang lima kerusi dan PN dengan dua kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Melaka pada 14 Nov manakala pengundian awal pada 10 Nov. – UMNO Online

Beri Mandat Besar Pada BN Demi Kestabilan, Keyakinan Pelabur – Mohamad Hasan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Dekati Pengundi, Bawa Rekod Pencapaian Kerajaan Negeri

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker