Semua ada peluang ke Los Angeles 2028 – Herry
Semua ada peluang ke Los Angeles 2028 – Herry

Kuala Lumpur: Persaingan merebut dua slot beregu lelaki ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) dijangka lebih sengit apabila ketua jurulatih negara, Herry Iman Pierngadi, percaya setiap pasangan memiliki peluang untuk memburu tiket ke temasya berprestij itu.
Keyakinan Herry hadir ketika Malaysia mempunyai beberapa gandingan berpotensi, termasuk pasangan baharu yang semakin mencuri tumpuan, Aaron Tai-Yap Roy King, yang kini disahkan sebagai gandingan tetap selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam tiga kejohanan terakhir.
Selain pasangan ranking ke-74 dunia itu, cabaran turut dijangka digalas beregu nombor empat dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pasangan profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menghuni ranking kelima dunia.
“Ini situasi yang baik. Semua pemain mempunyai kemampuan dan peluang untuk layak ke Los Angeles 2028,” kata Herry.
Aaron-Roy King membuktikan potensi mereka apabila menjuarai Terbuka Arctic bertaraf Super 500, sebelum meneruskan momentum dengan mara ke separuh akhir Terbuka Hylo di Jerman.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Kesepaduan Jentera Jadi Kekuatan BN – Mohamad Hasan
- Pas-BN Di Melaka: Menyatukan Melayu, Memperkukuh Kekuatan Bangsa
- Rais Tolak Politik Kebencian, Mahu Terus Berkhidmat Untuk Rakyat
Lebih mengagumkan, pasangan itu menyingkirkan beregu pilihan kelima dari Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, 21-16, 21-17 dalam masa 30 minit pada suku akhir, selepas terlebih dahulu mengejutkan pasangan nombor tujuh dunia dari Indonesia, Sabar Karyaman-Moh Reza Isfahani, 22-20, 21-19.
Kemenangan itu juga cukup bermakna apabila Wang Chi Lin adalah pemenang dua pingat emas Olimpik bersama bekas gandingannya, Lee Yang.
Herry mengesahkan Aaron-Roy King kini bukan lagi pasangan percubaan, sebaliknya akan dikekalkan sebagai gandingan tetap dalam persiapan menghadapi kempen kelayakan Olimpik yang bermula tahun depan.
“Ya, Aaron Tai-Roy King sudah disahkan sebagai pasangan tetap kerana mereka sudah menunjukkan kemampuan sebenar.
“Malah, mereka digandingkan secara khusus dengan mengambil kira format kiraan 15 mata yang akan digunakan pada Sukan Olimpik 2028,” katanya.
Semua ada peluang ke Los Angeles 2028 – Herry
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- CSA: Kestabilan Politik Dan Reformasi Institusi Demi Kepentingan Rakyat
- Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau
- Calon Dikenali, Rekod Prestasi Jadi Kekuatan BN – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beri Mandat Besar Pada BN Demi Kestabilan, Keyakinan Pelabur – Mohamad Hasan
You must be logged in to post a comment.