Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal
Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal

ALOR GAJAH, 1 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal, Datuk Dr Mustafa Musa mempertaruhkan pengalaman dalam dunia politik dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah berkata ini termasuk fokus memastikan kesinambungan usaha penyandang Datuk Zahari Khalil.
“Berkecimpung dalam dunia politik ini sudah sudah begitu lama tapi pada kali ini saya diberi mandat oleh parti untuk membawa cabaran BN di DUN Tunggal.
“Seperti juga yang telah dilakukan oleh Datuk Zahari saya akan teruskan apa yang dibuat dan akan bincang untuk tambah baik.
“Projek-projek yang dalam perancangan kita akan teruskan juga. Saya akan berganding bahu bersama dengan beliau untuk memastikan slogan kata kita yang telah dibina oleh beliau iaitu DUN Durian Tunggal hebat akan dapat kita laksanakan,” katanya ketika ditemui UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- CSA: Kestabilan Politik Dan Reformasi Institusi Demi Kepentingan Rakyat
- Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau
- Calon Dikenali, Rekod Prestasi Jadi Kekuatan BN – Azalina
Beri Mandat Besar Pada BN Demi Kestabilan, Keyakinan Pelabur – Mohamad Hasan
Mengulas berkenaan pencalonan beliau yang merupakan antara muka baharu, Mustafa berkata setiap keputusan parti perlu dihormati dan dilihat sebagai sebahagian daripada usaha membawa pembaharuan dalam perjuangan politik.
Katanya sebagai calon yang diberi mandat oleh parti, beliau akan melaksanakan tanggungjawab dengan sokongan kepimpinan dan jentera BN.
“Mungkin saya adalah calon baru, wajah baru, ditukar… wakil rakyat terdahulu pula orang yang baik dan hebat. Jadi mungkin pertukaran ini disebabkan oleh parti mahukan berubah.
“Sebagai orang parti, kita akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Alhamdulillah, dengan penerangan daripada parti mengenai kepentingan kemenangan BN pada kali ini, suasana kini semakin berubah dan penerimaan rakyat juga semakin jelas.
“Saya yakin dan percaya, dengan Datuk Zahari berjalan bersama saya dari kampung ke desa, dari taman ke kota, kita mampu mempertahankan DUN Durian Tunggal untuk BN pada kali ini,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Dana Projek Jalan Luar Bandar Sabah: PM, MOF Digesa Segera Selesaikan Kekangan
- Politik Konten PH … Tiba-tiba Muncul Waktu Pilihan Raya
- PRN Melaka: Rakyat Tentukan, Keyakinan Politik Bukan Angkuh
Jentera BN Perkukuh Kesatuan, Elak Terjebak Adu Domba – Dr Azhar
Untuk rekod Zahari pada PRN 2021 memenangi kerusi tersebut selepas meraih 3,663 undi dengan majoriti 559, dalam pertembungan empat penjuru.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala hari pengundian awal pada 10 November.
DUN Melaka dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa 23 September lalu selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. – UMNO Online
Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf
- Kesiagaan Tinggi, Semangat Jentera BN Jadi Modal Kempen – Mahdzir
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.