Mohd Ridhwan Fokus Dekati Pengundi, Bawa Aspirasi BN
Mohd Ridhwan Fokus Dekati Pengundi, Bawa Aspirasi BN

HANG TUAH JAYA, 1 Nov – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali memaklumkan agenda penyatuan ummah dan kesinambungan pembangunan menjadi antara fokus utama beliau dalam pertemuan bersama pengundi.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya berkata perkara itu penting bagi memastikan rakyat memahami aspirasi yang dibawa BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
“Fokus utama pada PRN Melaka yang saya sampaikan adalah yang pertama apa yang kita hendak lakukan adalah satu agenda yang besar, iaitu agenda penyatuan ummah.
“Penyatuan ummah ini satu perkara yang penting dan menjadi salah satu kehendak daripada masyarakat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- CSA: Kestabilan Politik Dan Reformasi Institusi Demi Kepentingan Rakyat
- Rekod Khidmat 4 Tahun 11 Bulan Jadi Ukuran Akmal Di Merlimau
- Calon Dikenali, Rekod Prestasi Jadi Kekuatan BN – Azalina
Beri Mandat Besar Pada BN Demi Kestabilan, Keyakinan Pelabur – Mohamad Hasan
“Keduanya kesinambungan kepada pembangunan dan kerja-kerja baik yang dilakukan oleh BN sebelum ini,” katanya.

Mohd Ridhwan berkata demikian ketika ditemui UMNO Online selepas melakukan ziarah kasih di sekitar Ayer Molek.
Mengulas lanjut, beliau berkata kelangsungan pembangunan perlu menjadi keutamaan bagi memastikan segala perancangan dan inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan negeri sepanjang penggal lalu tidak terhenti begitu sahaja.
“Kita juga hendak melihat bahawa apa yang diusahakan di Melaka pada sepanjang penggal yang lalu, pembangunan, ekonomi dan sebagainya, semua ini perlu ada kesinambungan dalam kepimpinan yang akan diberi mandat nanti.
“Kerana jika ianya berlainan, maka usaha yang baik itu akan terhenti. Dan selain daripada itu, ramai juga yang setuju bahawa apa yang kita mulakan di Melaka dan kerjasama semangat yang kita mulakan di Melaka ini perlu diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum,” ujar beliau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Dana Projek Jalan Luar Bandar Sabah: PM, MOF Digesa Segera Selesaikan Kekangan
- Politik Konten PH … Tiba-tiba Muncul Waktu Pilihan Raya
- PRN Melaka: Rakyat Tentukan, Keyakinan Politik Bukan Angkuh
Jentera BN Perkukuh Kesatuan, Elak Terjebak Adu Domba – Dr Azhar
Untuk rekod PRN 2021 menyaksikan penyandang DUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman memenangi kerusi berkenaan selepas meraih 6,348 undi, dengan majoriti 2,802 undi.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala hari pengundian awal pada 10 November.
DUN Melaka dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa 23 September lalu selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. – UMNO Online
Mohd Ridhwan Fokus Dekati Pengundi, Bawa Aspirasi BN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf
- Kesiagaan Tinggi, Semangat Jentera BN Jadi Modal Kempen – Mahdzir
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.