Pelajar maut, dua cedera nahas tiga kenderaan

Pelajar maut, dua cedera nahas tiga kenderaan

Pelajar maut, dua cedera nahas tiga kenderaan
Seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Lebuhraya KL-Seremban, di Kajang awal pagi hari ini. ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah berusia 15 tahun maut, manakala dua lagi penunggang motosikal cedera dalam nahas membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer (KM) 301.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusoff, berkata dalam kejadian pada jam 2.50 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang remaja terbabit melanggar bahagian belakang kereta yang sedang bergerak.

“Akibat pelanggaran berkenaan, mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh dua buah motosikal lain yang datang dari arah belakang di lorong yang sama.

“Kemalangan itu menyebabkan penunggang terbabit maut di tempat kejadian, manakala dua lagi penunggang motosikal yang berusia 20 dan 22 tahun mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tolak Kempen Negatif, Jentera UMNO Putrajaya Bantu Calon BN


Naazron berkata, kedua-dua mangsa yang cedera menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Serdang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

“Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah, mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu.

“Individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod di talian 017-3818422 bagi membantu siasatan,” katanya.

Pelajar maut, dua cedera nahas tiga kenderaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Ridhwan Fokus Dekati Pengundi, Bawa Aspirasi BN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker