Chong Wei lawan arahan doktor demi impian emas Olimpik

Chong Wei lawan arahan doktor demi impian emas Olimpik

Chong Wei lawan arahan doktor demi impian emas Olimpik
LEGENDA badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei. – Foto Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei mendedahkan beliau pernah dinasihatkan doktor supaya tidak beraksi pada Sukan Olimpik London 2012 akibat kecederaan buku lali, namun mengetepikan nasihat itu demi memburu impian meraih pingat emas.

Chong Wei sebaliknya meneruskan perjuangan hingga beraksi dalam final perseorangan lelaki yang dianggap antara perlawanan epik dalam sejarah badminton menentang pemain China, Lin Dan.

Menerusi audio siar ‘Ngopi Dengan Zafrul’ kendalian Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di YouTube baru-baru ini, Chong Wei mengimbas detik getir apabila kecederaan dialaminya pada suku akhir Piala Thomas menentang Denmark di Wuhan, China, hampir menamatkan kariernya.

Kecederaan buku lali kanan ketika menentang Peter Gade itu mengakibatkan ligamen dan tendon koyak, sebelum beliau dimaklumkan doktor sebaik pulang ke tanah air bahawa peluang untuk beraksi di Olimpik London hampir tertutup.

Selepas menjalani rehabilitasi intensif serta rawatan sel stem, Chong Wei berusaha mengejar masa untuk kembali pulih sebelum bertemu Lin Dan di pentas final.

Malah, beliau masih menjalani rawatan ketika kem latihan pusat di Universiti Bath, menjelang temasya di London.

“Sepanjang 10 hari latihan di Bath, saya hanya mampu bermain separuh gelanggang dan masih sakit. Ketika latihan di gelanggang utama (Stadium Wembley), saya masih tidak dapat berlatih.

“Apabila isteri saya (Wong Mew Choo) datang memberi sokongan, saya beritahu kepadanya, ‘Saya sudah tiada harapan di Olimpik ini’.

“Nasib baik, ahli fisioterapi membalut buku lali saya dengan ketat, menasihatkan supaya mengambil ubat tahan sakit dan membantu saya bertahan hingga ke perlawanan.

“Impian saya adalah untuk menghadiahkan emas pertama Malaysia dan saya berjuang habis-habisan, tetapi tewas di final. Itu perjalanan paling sukar dalam karier saya,” katanya yang meraih tiga pingat perak Olimpik.

Chong Wei lawan arahan doktor demi impian emas Olimpik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Ridhwan Fokus Dekati Pengundi, Bawa Aspirasi BN

 

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker