9 merusuh di Desa Tun Razak termasuk seorang remaja ditahan

9 merusuh di Desa Tun Razak termasuk seorang remaja ditahan

9 merusuh di Desa Tun Razak termasuk seorang remaja ditahan
Tangkap layar video tular pergaduhan membabitkan sekumpulan individu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung perebutan kawasan perniagaan. – Foto X

KUALA LUMPUR: Sembilan individu termasuk dua suspek utama ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan di Desa Tun Razak, Sungai Besi di sini, malam tadi.

Pergaduhan membabitkan sekumpulan individu berkenaan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung perebutan kawasan perniagaan di lokasi terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian 11 malam, sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

“Susulan itu, sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) Balai Polis Sungai Besi bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras serta elemen lain digerakkan ke lokasi bagi mengawal keadaan.

“Hasil tindakan pantas polis, sembilan individu berusia antara 16 hingga 44 tahun ditahan di sekitar kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tolak Kempen Negatif, Jentera UMNO Putrajaya Bantu Calon BN


Fadil berkata, tangkapan membabitkan lapan lelaki dan seorang wanita, termasuk dua individu dikenal pasti sebagai suspek utama dalam kes berkenaan.

“Semakan rekod mendapati sebahagian besar suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan narkotik,” katanya.

Katanya, polis turut merampas beberapa barangan disyaki digunakan ketika kejadian bagi membantu siasatan.

“Semua suspek ditahan bagi membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.

“Jika sabit kesalahan, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jentera BN Perkukuh Kesatuan, Elak Terjebak Adu Domba – Dr Azhar


Fadil turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana boleh meanggu proses siasatan.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, IPD Cheras di talian 03-9205 0445 atau 03-9205 0465, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu tular video di pelbagai platform media sosial berhubung kekecohan yang berlaku membabitkan puluhan individu di sekitar Desa Tun Razak.

9 merusuh di Desa Tun Razak termasuk seorang remaja ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Ridhwan Fokus Dekati Pengundi, Bawa Aspirasi BN

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker