Momentum Jentera Membara, Sedia Sasar Kemenangan – Tuminah Kadi

Momentum Jentera Membara, Sedia Sasar Kemenangan – Tuminah Kadi

Momentum Jentera Membara, Sedia Sasar Kemenangan – Tuminah Kadi

PANTAI KUNDUR, 2 Nov – Momentum dan semangat jentera Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundur berada pada tahap terbaik, dengan kesediaan penuh untuk menggerakkan kempen bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Calon BN bagi DUN Pantai Kundur, Tuminah Kadi berkata, persiapan jentera bukan sahaja berada pada tahap 100 peratus, malah kehadiran rakan daripada Pas turut menyuntik semangat baharu dalam gerak kerja kempen kali ini.

Menurut beliau, situasi PRN kali ini cukup berbeza berbanding pilihan raya terdahulu apabila jentera BN dan Pas kini bergerak bersama, sekali gus memperkukuh kekuatan serta penyelarasan kempen di peringkat akar umbi.

“Alhamdulillah… momentum dan semangat jentera sememangnya berada pada tahap 100 peratus. Kita sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan gerak kerja berkempen.

“Kali ini keadaannya berbeza berbanding PRN lalu kerana kita turut disertai rakan-rakan daripada Pas. Gabungan ini memberikan semangat yang lebih besar kepada jentera untuk turun padang dan bekerja bersama-sama,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tolak Kempen Negatif, Jentera UMNO Putrajaya Bantu Calon BN


Mengulas lanjut, Tuminah berharap kerjasama kesepakatan menjadi harapan sekian lama dalam kalangan akar umbi yang menginginkan penyatuan antara BN dan Pas seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Momentum Jentera Membara, Sedia Sasar Kemenangan – Tuminah Kadi

“Inilah yang ditunggu-tunggu oleh akar umbi selama ini. Mereka mahukan gabungan antara BN dan Pas kembali terjalin seperti dahulu.

“Mudah-mudahan kerjasama ini dapat berterusan sehingga ke peringkat nasional kerana BN dan Pas merupakan antara dua parti politik terbesar di Malaysia yang mempunyai kekuatan tersendiri.

“Gabungan tersebut turut memudahkan penyelarasan gerak kerja di lapangan apabila jentera kedua-dua parti dapat saling melengkapi, sekali gus memperluas pendekatan mendekati pengundi,” ujarnya.

Sehubungan itu, Tuminah menegaskan seluruh jentera perlu memanfaatkan momentum berkenaan dengan bekerja lebih tersusun dan memastikan kemenangan BN di DUN Pantai Kundur terus dipertahankan. – UMNO Online

Momentum Jentera Membara, Sedia Sasar Kemenangan – Tuminah Kadi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Ridhwan Fokus Dekati Pengundi, Bawa Aspirasi BN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker