Impian Mak Mah Tercapai, UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil Ditubuhkan
Impian Mak Mah Tercapai, UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil Ditubuhkan

KOTA MELAKA, 2 Nov – Bermula dengan hasrat seorang ibu yang mahu melihat kampungnya mempunyai cawangan UMNO sendiri, impian menubuhkan UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil akhirnya menjadi kenyataan tahun ini, sekali gus membuka lembaran baharu perjuangan politik masyarakat setempat.
Ketua UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil, Mohd Faizal Maarof berkata, penubuhan cawangan itu bukan sekadar memenuhi keinginan untuk bergerak secara tersendiri, sebaliknya lahir daripada semangat kebersamaan dan impian membina kekuatan masyarakat kampung untuk generasi akan datang.
Menurutnya, hasrat tersebut sejak sekian lama disuarakan seorang penduduk yang dikenali sebagai Mak Mah, yang mahu melihat penduduk Kampung Bukit Kecil mempunyai cawangan sendiri tanpa perlu bergabung dengan cawangan lain.
“Cawangan ini adalah kerinduan dan memang hasrat daripada seorang ibu yang kita panggil Mak Mah untuk menubuhkan cawangan sendiri di Bukit Kecil ini.
“Sebelum ini kita bergabung dengan cawangan lain. Hasrat dia supaya kampung kita kuat, jadi kita mahu ada cawangan sendiri yang boleh kita uruskan sendiri dan tidak perlu berkongsi dengan orang lain,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf
- Kesiagaan Tinggi, Semangat Jentera BN Jadi Modal Kempen – Mahdzir
Beliau berkata, usaha merealisasikan impian itu dilakukan menerusi dorongan Mak Mah bersama penduduk lain, selain ikhtiar berterusan pemimpin setempat yang akhirnya membawa kepada penubuhan cawangan berkenaan sekitar Mac atau April lalu.
Bagi Faizal, perkara paling bermakna ialah apabila Mak Mah berpeluang menyaksikan sendiri impiannya menjadi kenyataan, sekali gus membuktikan bahawa suara dan harapan masyarakat di peringkat akar umbi mampu diterjemahkan kepada tindakan.
Mengimbas penglibatannya dalam politik, beliau mengakui pada awalnya tidak mempunyai keyakinan terhadap dunia politik, namun pandangannya berubah selepas pulang ke kampung dan mula bergaul rapat dengan pemimpin serta masyarakat setempat.
Katanya, pengalaman melihat sendiri cara pemimpin Barisan Nasional (BN) bekerja, membantu penduduk dan menyelesaikan masalah masyarakat membuatkannya lebih memahami peranan politik dalam membina komuniti yang harmoni.
“Saya memang sebelum ini tak percaya kepada politik. Saya cakap secara jujur, saya tak percaya pada politik, tetapi setelah balik kampung dan bergaul dengan orang-orang politik, saya tahu kebaikan yang ada dalam politik itu sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Dana Projek Jalan Luar Bandar Sabah: PM, MOF Digesa Segera Selesaikan Kekangan
- Politik Konten PH … Tiba-tiba Muncul Waktu Pilihan Raya
- PRN Melaka: Rakyat Tentukan, Keyakinan Politik Bukan Angkuh
Jentera BN Perkukuh Kesatuan, Elak Terjebak Adu Domba – Dr Azhar
“Apabila saya bersama Barisan Nasional, saya dapat melihat bagaimana komuniti ini, keharmonian dan kerjasama yang ada. Kita banyak bercerita tentang diri kita tanpa memburukkan orang lain,” katanya.
Tambah beliau, keyakinan terhadap kepimpinan yang sentiasa turun padang dan membantu rakyat turut menjadi pendorong untuknya terus aktif dalam perjuangan parti.
Malah, pengumuman calon BN bagi DUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, yang juga dikenali sebagai Tok Ajak, untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini memberikan kelegaan kepada jentera serta penduduk yang sudah biasa bekerja bersama beliau.
Menurut Faizal, kesinambungan kepimpinan itu memudahkan mereka menjelaskan kepada masyarakat mengenai calon yang akan mewakili BN, selain membolehkan gerak kerja kempen diteruskan dengan lebih yakin.
Dalam pada itu, beliau berharap penubuhan UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil menjadi titik permulaan kepada usaha memperkukuh organisasi parti dan meningkatkan penglibatan masyarakat setempat.
Beliau tidak mahu nama Kampung Bukit Kecil dipandang kecil hanya kerana namanya, sebaliknya berhasrat membangunkan cawangan itu supaya mampu berdiri setanding dengan cawangan UMNO lain menerusi gerak kerja yang konsisten dan sumbangan kepada masyarakat.
“Harapan saya, saya tak berani nak berjanji apa-apa dengan semua orang, tetapi saya akan usahakan semampu yang boleh untuk memperkenalkan lagi cawangan ini.
“Saya mahu Kampung Bukit Kecil ini sama taraf dengan cawangan-cawangan lain,” katanya.- UMNO Online
Impian Mak Mah Tercapai, UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil Ditubuhkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan
- Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.