Ebit ajak tukar pasangan lakukan seks – Saksi

Ebit ajak tukar pasangan lakukan seks – Saksi

Seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew memberitahu mahkamah pendakwah itu mengajaknya bertukar pasangan untuk melakukan hubungan intim.

Saksi kesembilan yang juga pengadu memberitahu perkara itu ketika menjelaskan tangkap layar teks WhatsApp diterimanya dalam sesi pemeriksaan utama di Mahkamah Majistret Tenom.



Wanita berusia 40-an itu memberitahu mahkamah dalam teks WhastApp diterima, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, mengajaknya bertukar pasangan.

Ebit mencadangkan perkara itu supaya dia boleh melakukan hubungan intim dengan pengadu, manakala suami pengadu pula disuruh melakukan hubungan intim bersama isteri pendakwah tersebut.

Dalam tangkap layar lain pula, pengadu memberitahu mahkamah Ebit turut mengeluarkan kata-kata lucah dengan menyatakan hendak peluk, cium manja-manja dan melakukan perkara tidak senonoh kepadanya.

Kemudian pengadu membalas mesej dengan menyatakan Ebit mempunyai isteri dan mesti dia ada hubungan suami isteri di rumah jadi kenapa perlu buat lagi kepadanya.



Apabila Ebit mengajaknya bertukar pasangan, pengadu memberitahu bahawa dia tidak akan dan suaminya pun tidak akan melepaskannya, lapor utusan Malaysia.

Malah, apabila membaca ayat tidak senonoh diterima daripada Ebit, pengadu turut berasa malu kerana ayat ditulis agak memalukan dan pengadu sendiri yang sudah bersuami pun tidak pernah menulis atau cakap ayat seperti ditulis Ebit.

Menurut saksi itu, dia turut menghantar teks WhatsApp menasihati Ebit supaya melakukan taubat nasuha dan jangan buat perkara sebegitu dengan orang lain kerana Ebit adalah seorang yang terkenal.

“Aib ini saya seorang sahaja yang simpan, macam awak cakap, kita manusia biasa. Lagipun saya isteri orang. Tak apalah ini ujian hidup saya, ada suami macam ini, saya sabar sahaja demi anak,” katanya.



Dalam keterangannya, saksi juga memberitahu mahkamah dalam teks WhatsAppnya dia kasihan kepada Ebit sebab tertuduh seorang yang terkenal, jadi dia berpesan jangan WhatsApp orang lain seperti itu kerana jika ia tular tertuduh sendiri yang malu.

Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui WhatsApp yang didakwa berlaku di Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan berlangsung di depan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin, manakala Ebit diwakili peguam Ram Singh dan Mohd Syarulnizam Salleh Keruak. FMT



Ebit ajak tukar pasangan lakukan seks – Saksi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker