Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Madu Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video memaparkan dia bersama suaminya, Ahmad Aslam makan semeja di sebuah restoran.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @ladybossrafa_hq, kelibat Aslam hanya muncul beberapa saat.

Difahamkan, kehadiran Aslam dilihat menemani Misya membeli satu produk suplemen makanan.



“Beri kata-kata semangat buatnya,” tulis pemilik akaun berkenaan dalam ruangan kapsyen.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen ingin mendapatkan kepastian sama ada lelaki tersebut adalah Aslam yang menjadi sebutan ramai.

“Alahai itu Aslam ke? Marissa bukan main lawa.

“Misya pun semakin cantik dan yang rugi hanya Aslam.



“Sesuai sangat dah tapi kenapa nak kena ada yang ketiga,” kata netizen.

Terdahulu, kakak ipar kepada Aslam mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya dan keluarga Marissa.

Bagaimanapun, sehingga hari ini ibu bapa Marissa iaitu pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan mengenai dakwaan pernikahan tersebut sehingga hari ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker