Kumpul dokumen harta 43 tahun, Mokhzani dan Mirzan mahu SPRM bersabar

Anak-anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meminta SPRM bersabar sementara mereka mengumpul maklumat untuk tempoh 43 tahun.

Menyifatkan ia sebagai “usaha yang mustahil”, Mokhzani dan Mirzan berkata demikian sebagai maklum balas kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, yang sebelum ini mendedahkan kedua-dua mereka masih belum menyerahkan pengisytiharan aset.

Dalam satu kenyataan petang tadi, Mokhzani dan Mirzan menegaskan bahawa SPRM telah memberi mereka 30 hari untuk mematuhi permintaan itu.



“SPRM telah meminta senarai aset sejak 1981, tahun ketika bapa kami, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Kami sedang menyusun maklumat yang ada dan melibatkan pihak yang berkaitan untuk membantu dan menasihati kami mengenai proses itu,” tambah mereka.

Kedua-dua adik beradik itu berkata untuk mengelakkan sebarang salah nyata atau prasangka, adalah wajar bagi semua pihak untuk cermat ketika mengulas kes ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki



“Lebih-lebih lagi, apabila kami tidak dimaklumkan mengenai siasatan secara spesifik selain ia berkaitan dengan bapa kami.

“Tugas di tangan untuk mengumpul maklumat selama 43 tahun adalah usaha yang mustahil dan kami meminta kesabaran dan pemahaman untuk memenuhi permintaan SPRM,” tambah mereka dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui firma guaman Zharif Nizamuddin.

Pada Selasa, Azam mengingatkan kedua-dua mereka boleh menghadapi tindakan undang-undang jika gagal mengisytiharkan harta seperti diminta.

Dia berkata notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM telah dihantar kepada mereka, tetapi tiada maklum balas diterima.



Azam juga menyatakan bahawa kedua-dua mereka boleh meminta lebih masa apabila tempoh notis tamat pada pertengahan bulan ini.

SPRM memanggil Mirzan dan Mokhzani untuk disoal siasat bulan lepas.

Seksyen 36 Akta SPRM menghendaki penerima mematuhi sebarang notis yang dikeluarkan oleh suruhanjaya itu.

Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada permintaan SPRM untuk mengisytiharkan aset.



Kegagalan untuk mematuhi notis itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM100,000.

Sebelum ini, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan isterinya Na’imah Abdul Khalid juga didakwa gagal mematuhi notis yang memerlukan mereka mendedahkan aset.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker