Lelaki ditahan serang polis dalam kejadian kemalangan maut

Lelaki ditahan serang polis dalam kejadian kemalangan maut

TEMERLOH – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang sedang membelok di Kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu turut menyaksikan sekumpulan lelaki telah melakukan provokasi terhadap anggota polis bertugas apabila menolak anggota polis berkenaan.



Malah kumpulan lelaki berkenaan turut memukul seorang lelaki dan merosakkan kereta jenis Proton Saga dinaiki lelaki berkenaan kerana merakam video anggota polis ditolak sekumpulan lelaki di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan manakala pemandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan dipercayai pemandu kereta membuat pusingan U di kawasan garisan berkembar dan semasa sedang membelok datang penunggang motosikal dari arah Kuala Lumpur melanggar kereta di bahagian sisi sebelah kiri.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan,” katanya di sini hari ini.



Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu katanya, pada masa ini pihak polis menahan seorang lelaki kerana merusuh di tempat awam yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan dan kerana menyerang penjawat awam menjalankan tugas yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Seorang suspek berusia 42 tahun telah ditahan pagi ini dan kita akan jalankan siasatan untuk mengenalpasti suspek-suspek yang lain,” ujarnya. K Online

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”



Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker