5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang

5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang

BUKIT MERTAJAM: Lima anggota dari Ibu Pejabat Polis dan Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah ditahan dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang pekerja kilang membabitkan pembayaran RM4,500 di Jalan Permatang Tinggi, di sini, kelmarin.

Penahanan kesemua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) termasuk seorang berpangkat sarjan berusia antara 24 hingga 48 tahun itu dilakukan semalam, susulan laporan oleh mangsa.



Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, berkata mangsa mendakwa sedang memandu kereta Toyota Vios untuk pulang ke rumahnya di Simpang Ampat, dekat sini apabila ditahan anggota polis yang menaiki dua kereta MPV jam jam 10.15 malam kelmarin (Khamis).

“Mangsa mendakwa ditahan dua kereta MPV dan tiga anggota keluar menjalankan pemeriksaan dan sebelum menemui satu beg plastik mengandungi serbuk dipercayai dadah.

“Mangsa menafikan dadah itu miliknya dan anggota di lokasi mengatakan dadah terbabit adalah milik mangsa dan boleh dikenakan hukuman berat.

“Kemudian, datang sebuah lagi kereta MPV yang dinaiki dua anggota sebelum mengarahkan mangsa membayar RM10,000 bagi mengelak ditahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, berlaku perbincangan antara mangsa dengan kesemua anggota polis berkenaan sebelum mangsa dilaporkan membuat bayaran RM4,500 kepada salah seorang anggota di lokasi lain tidak jauh dari lokasi dia ditahan.

“Selepas itu, mangsa membuat laporan polis dan bertindak atas aduan berkenaan, polis membuat tangkapan terhadap lima anggota itu bagi membantu siasatan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang terlibat dalam jenayah mahupun rasuah seperti arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

“Dalam hal ini, siasatan terhadap warga PDRM yang terlibat dalam salah laku jenayah akan disiasat secara telus selain mereka berdepan tindakan tegas. Polis meminta kerjasama orang awam supaya tidak membuat spekulasi dan memberi peluang polis menjalankan siasatan,” katanya.



Kelima-lima anggota polis itu kini direman selama empat hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. BH

5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN

Akim diganggu perempuan miang nak menyondol



Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker