Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK

Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK

Pada awal minggu ini tular pasangan YouTuber UK diminta untuk membayar RM100 sebagai ‘duit kopi’ selepas ditangkap oleh polis trafik di Malaysia kerana memandu melebihi had laju.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mendedahkan bahawa tiga identiti anggota yang terlibat sudah dikenal pasti dan telah direman.

“Berikutan video terakhir, kami mengesahkan bahawa kami telah berkomunikasi dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

“Kami telah memberikan mereka rakaman video tidak disunting, tarikh, masa dan lokasi kejadian.

“Mereka (pihak PDRM) telah memohon maaf dan mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat kejadian tersebut, serta tiada tiket saman yang tertunggak,” petik perkongsian Facebook YouTuber UK itu.

Pada masa sama, Chris & Marianne menjelaskan insiden yang berlaku tidak menjejaskan rasa sayang mereka terhadap Malaysia, sebaliknya mereka akan kembali semula ke negara ini.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan pada hantaran Facebook itu, ramai mengucapkan terima kasih kerana secara tidak langsung ‘mendedahkan’ korupsi yang dilakukan oleh segelintir anggota yang tidak bertanggungjawab.

Netizen juga mengucapkan tahniah kepada Chris & Marianne kerana tetap positif walaupun ‘peristiwa hitam’ itu sedikit sebanyak mengganggu pengalaman mereka semasa menjelajah Malaysia. Vc

Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker