Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Seorang pempengaruh dan pencipta kandungan dari Korea, Tara Choi mengakui durian yang berasal dari Malaysia lebih sedap berbanding durian di Thailand.

Pengakuan itu dibuat selepas dia telah membeli durian di Thailand dan merasai sendiri isi buah durian jenis ‘Monthong’ sebelum memuat naik komennya di aplikasi TikTok.



Jelasnya, durian dari Thailand isinya tawar, kurang bau, keras walaupun saiznya lebih besar berbanding durian Malaysia.

“Baunya lebih lemah, nampak lebih kering. Orang Malaysia cakap durian Thai tak sedap, jadi saya nak cuba.

“Tak sedap durian ini, Thai durian ‘so’ lemah. Bau pun kurang, rasa pun kurang dan warna pun kurang.

“Saiz sahaja besar, rasa tak ada. Durian Malaysia lagi sedap,”luahnya dalam sebuah klip video di TikTok.



Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna sosial meninggalkan pelbagai komen termasuklah mereka yang berkongsi kenapa durian Thailand mempunyai rasa yang kurang enak berbanding durian dari Malaysia.

“Durian Thailand dia petik dari pokok, kalau kat Malaysia kita panggil durian mengkal, tak cukup masak,”kata @me5zull.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @caramel macchiato.

“Dulu belakang rumah mak ada pokok durian jenis ini. Memang kena petik tak boleh tunggu gugur, kalau gugur kulitnya lembik dan isinya hancur macam durian lama,”ujarnya. K Online



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil



Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker