Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose, 31, terpaksa menjalani tempoh kehamilan sendirian berikutan kesibukan jadual suaminya yang juga pelakon Kamal Adli.

Bagaimanapun, Uqasha bersyukur tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam perkara yang bukan-bukan sepanjang ketiadaan suami.

Uqasha berkata, dia sendiri sibuk dengan kerja, malah baru sahaja selesai penggambaran drama Jangan Lupa Janji menyebabkannya tiada masa untuk melayan perasaan.



“Alhamdulillah, saya tak mengalami alahan atau mengidam yang pelik-pelik.

“Boleh dikatakan Kamal tiada sepanjang tempoh hamil, jadi kebanyakan masa saya tinggal sendirian.

“Kamal sibuk dengan penggambaran. Sebelum ini, jalani penggambaran di Kelantan selama sebulan. Balik hanya dua tiga hari sebelum sambung di Perak selama tiga minggu, seterusnya berada di Semporna, Sabah selama sebulan.

“Jadi saya lebih banyak berdikari dan tak sempat nak mengada-ngada sepanjang tempoh hamil. Pada masa sama, saya sendiri pun sibuk di lokasi penggambaran,” katanya kepada BH Online.



Kata Uqasha, sepanjang ketiadaan Kamal, ada kala kakaknya datang menemani di rumah.

“Sudah tentu saya sering berhubung dengan Kamal yang bimbangkan keadaan saya sedang berbadan dua.

“Kamal selalu pesan minta mama atau kakak temankan. Tapi ada kala mereka pun ada kerja dan saya pula sibuk shooting, hanya pulang ke rumah sebelah malam,” katanya ketika ditemui pada majlis resepsi Amylea Azizan di Subang, semalam.

Ditanya jantina anak yang bakal dilahirkan, Uqasha berkata, dia dan suaminya tidak mahu tahu jantina bayi kerana ingin menunggu sehingga majlis doa selamat yang bakal diadakan.



“Saya dan Kamal sudah serahkan jantina bayi pada perancang majlis. Kami hanya akan tahu jantina anak pada majlis nanti.

“Ia bukanlah majlis pengumuman jantina, tapi kami memilih mengadakan doa selamat dan ikut adat Melayu.

“Sebab itu, saya tak buat apa-apa persiapan sebab belum tahu jantina anak. Dalam masa sama, ini adalah kandungan pertama, jadi saya tak tahu apa yang perlu disediakan,” katanya.

Ditanya perasaan suaminya ketika menerima berita kehamilan, kata Uqasha suaminya tidak menunjukkan reaksi, tetapi melakukannya dalam bentuk perbuatan.



“Kamal jenis tak tunjuk, mungkin lebih suka kelihatan ‘macho’. Tapi, saya nampak Kamal kerja sangat kuat selepas saya hamil.

“Semua tawaran lakonan yang datang tidak ditolak. Dia memang kerja sungguh-sungguh untuk persiapan masa depan,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker