Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah

Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah

JOHOR BAHRU: Tiada sebarang layanan istimewa diberikan terhadap suspek utama kes pembunuhan Bella atau nama sebenarnya, Mila Sharmila Samsusah, 32.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menegaskan yang polis menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh bagi menyelesaikan kes berkenaan.



Sehubungan itu, beliau turut menafikan dakwaan keluarga mangsa yang mempersoalkan siasatan dilakukan polis termasuk lambat bertindak bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Oh tidak (suspek utama diberi layanan istimewa). Ia sebenarnya begini, siasatan dilakukan secara berperingkat.

“Pertama kita siasat menerusi Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang. Namun apabila keterangan serta bukti tidak mencukupi, kita beri jamin dahulu, bukan lepaskan.

“Oleh kerana kita tidak berpuas hati dengan siasatan yang dibuat, oleh itu siasatan diteruskan. Atas usaha Polis Johor khususnya Polis Batu Pahat, kita akhirnya berjaya menemui bukti-bukti yang baharu.



“Bukti dan keterangan baharu itu yang membolehkan kita menangkap semula suspek utama dan siasatan seterusnya dibuat menerusi Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bukan sebab kita bebaskan (suspek) sebab nak beri peluang untuk dia mengerjakan umrah,” katanya.

Ahad lalu, kakak kepada Bella atau Mila Sharmila Shamsusah, 32, wanita yang hilang sejak pertengahan bulan lalu dan dikaitkan dengan penemuan rangka di Tongkang Pechah, mempersoalkan beberapa tindakan polis dalam mengendalikan siasatan kes berkenaan.

Dalam hantaran di Facebook pada hari yang sama, Norhisham, 36, antara lain mendakwa pegawai penyiasat enggan berjumpa dengannya, selain mempertikai keputusan polis melepaskan individu dipercayai suspek utama atas alasan lelaki itu menghidap penyakit ‘tiga serangkai’.

Mengakui keluarga sangat kecewa, Norhisham atau lebih mesra dipanggil Ayu, mencatatkan dia dan Bella sentiasa berkongsi semua perkara dan kali terakhir mereka berhubung adalah melalui aplikasi sembang pada jam 11.38 malam, 14 Disember.



Dalam hantaran sama, Norhisam mendakwa, dia ke Ibu IPK dan balai polis untuk memaklumkan kehilangan Bella mempunyai unsur jenayah, bukan lagi kes orang hilang (OH) dan nyawa adiknya itu menjadi taruhan, selain mahu berjumpa pegawai penyiasat (IO) kes terbabit.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi bersama teman lelakinya.

Kehilangan Bella yang mempunyai dua anak, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2, hanya disedari pada keesokan hari selepas mesej dan panggilan telefon dihantar kakaknya, Norhisham, tidak dijawab.

Polis kemudiannya menahan teman lelaki Bella berusia 24 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan turut menahan dua lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan Bella bagi membantu siasatan.



Jumaat lalu, rangka seorang wanita ditemukan di sebuah rumah terbiar Batu 7, Tongkang Pechah, selepas suspek ditahan sebaik tiba di tanah air selepas menunaikan umrah bersama keluarga.

Semalam, Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah dilaporkan mengesahkan rangka yang ditemukan itu adalah Bella hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat. BH

Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker