PRN Johor: BN Mahu Tingkat Penyertaan Calon Wanita – Noraini
PRN Johor: BN Mahu Tingkat Penyertaan Calon Wanita – Noraini

PUTRAJAYA, 3 Jun – Barisan Nasional (BN) berhasrat untuk mengekalkan atau meningkatkan penyertaan calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. kata Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO berkata la susulan pencapaian negeri itu yang mempunyai perwakilan wanita tertinggi dalam kalangan wakil rakyat BN. Noraini yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata Johor ketika ini mempunyai sekitar 26 peratus wakil rakyat wanita daripada BN yang memenangi kerusi pada pilihan raya lepas.
“Kami wanita BN memang mahukan supaya calon-calon wanita dapat diketengahkan. Sebab sekarang ini Johor adalah antara negeri yang mempunyai calon wanita BN paling tinggi,” katanya selepas meninjau Terminal Pengagihan Lembah Klang (KVDT) untuk pelaksanaan biodiesel B15 di sini hari ini.
Noraini ketika mengulas sama ada peratusan itu akan ditingkatkan berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Kami akan berbincang dengan Menteri Besar dan juga Presiden parti saya. Kami cuba capai sasaran itu. Sebab sekarang ini paling tidak, itu yang paling tinggi sekali yang kami dapat, sekitar 26 peratus ataupun lebih,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat UMNO Bahagian Ditangguh, Tumpu Persiapan Hadapi PRN Johor
- Kebangkitan BN Berteraskan Khidmat, Kecekapan Dan Kesiapsiagaan Masa Depan – Suraya
- PRN Johor: Onn Hafiz Tegaskan Senarai Calon Tular Adalah Palsu
Siti Faizah Terus Santuni Rakyat, Perkukuh Silaturahim Di Sungai Rambai
DUN Johor dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada PRN ke-16, menyaksikan BN bakal bertanding di kesemua 56 kerusi. – BERNAMA
PRN Johor: BN Mahu Tingkat Penyertaan Calon Wanita – Noraini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital
- Penguasaan Media Sosial Penting Untuk Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Aktiviti Mendaki Gunung Perlu Disertai Disiplin Dan Keselamatan – Mohamad Zaini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat
You must be logged in to post a comment.