PRN Johor: Onn Hafiz Tegaskan Senarai Calon Tular Adalah Palsu

PRN Johor: Onn Hafiz Tegaskan Senarai Calon Tular Adalah Palsu

PRN Johor: Onn Hafiz Tegaskan Senarai Calon Tular Adalah Palsu

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa senarai bakal calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tular melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu dan tidak benar.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata, sebarang pengumuman berkaitan calon PRN hanya akan dibuat melalui media rasmi.

“Saya mengambil maklum mengenai satu senarai calon Barisan Nasional (BN) yang sedang bertebaran di media sosial dan aplikasi WhatsApp. Saya ingin menegaskan bahawa senarai tersebut adalah palsu dan tidak benar.

“Sebarang pengumuman rasmi berkaitan calon BN hanya akan dibuat melalui saluran rasmi parti. Dalam bahang pilihan raya ini, sudah pasti akan ada pelbagai bentuk fitnah, khabar angin, provokasi dan berita palsu yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan’,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan


PRN Johor: Onn Hafiz Tegaskan Senarai Calon Tular Adalah Palsu

Mengulas lanjut, beliau menyeru semua pihak untuk berpolitik secara matang dan tidak membenarkan berita palsu memudaratkan proses demokrasi di Negeri Johor.

“Justeru, saya menyeru seluruh Bangsa Johor agar mengamalkan sikap tabayyun, menyemak fakta terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi sebelum menerima atau menyebarkan sesuatu berita.

“Marilah kita berpolitik secara matang, berakhlak dan bertanggungjawab. Jangan benarkan berita palsu memudaratkan keharmonian, kestabilan serta proses demokrasi di negeri Johor yang kita cintai,” katanya lagi.

Pada Isnin lalu, Onn Hafiz dalam sidang media khas mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim selepas menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. – UMNO Online

PRN Johor: Onn Hafiz Tegaskan Senarai Calon Tular Adalah Palsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker