Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah

Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah

Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru para perwakilan untuk memanfaatkan Persidangan Bahagian untuk tahun 2026 dengan penuh hikmah.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau berpandangan bahawa persidangan bahagian pada kali ini menuntut para perwakilan untuk berfikir jauh ke hadapan dan menawarkan penyelesaian terbaik kepada rakyat.

“Insya-Allah, bermula 1 Jun hingga 12 Julai 2026, seluruh Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara akan berhimpun dalam Persidangan Tahunan UMNO bagi memperkukuh saf perjuangan serta memperbaharui iltizam kepada parti, rakyat dan negara.

“Persidangan kali ini berlangsung dalam suasana dunia yang semakin mencabar dengan tekanan ekonomi global, perubahan teknologi yang pantas serta pelbagai cabaran sosial yang menuntut kita terus berfikir jauh ke hadapan dan menawarkan penyelesaian terbaik kepada rakyat.

“Pada usia 80 tahun, UMNO tidak boleh hanya bergantung kepada sejarah perjuangannya semata-mata. Masa depan memerlukan keberanian untuk berubah, kebijaksanaan menyesuaikan diri serta kesungguhan untuk terus kekal relevan dalam memenuhi harapan rakyat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johari Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Di MRT APEC 2026


Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berharap agar persidangan tersebut menjadi medan untuk memperkukuh agenda Rumah Bangsa dan Musyawarah Nasional.

“Justeru, saya berharap persidangan pada tahun ini menjadi medan untuk kita memperkukuh agenda Rumah Bangsa serta Musyawarah Nasional bagi kita menyatukan pemikiran, mengukuhkan institusi bangsa dan kerjasama yang lebih luas demi kepentingan Malaysia.

“Saya menyeru seluruh perwakilan agar memanfaatkan persidangan ini dengan penuh hikmah, matang dalam menyampaikan pandangan serta sentiasa meletakkan kepentingan parti dan rakyat mengatasi segala-galanya.

“Insya-Allah UMNO akan terus menjadi wadah yang diyakini rakyat dan kekal memainkan peranan penting dalam perjalanan negara. Selamat bersidang kepada seluruh warga UMNO. Bersatu. Bersetia. Berkhidmat. Hidup UMNO!” katanya lagi. – UMNO Online

Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker