MUBARAK Bidas Tony Pua, Perlu Faham Kedaulatan Raja-Raja Melayu Dan Perlembagaan Negara
MUBARAK Bidas Tony Pua, Perlu Faham Kedaulatan Raja-Raja Melayu Dan Perlembagaan Negara

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman menegaskan bahawa institusi Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol istiadat, sebaliknya merupakan tunjang utama kepada kestabilan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan negara dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Beliau berkata, kenyataan sesetengah pihak termasuk pemimpin Dap, Tony Pua yang cuba memperkecilkan peranan institusi diraja menunjukkan kegagalan memahami sejarah pembentukan negara dan struktur sebenar Perlembagaan Malaysia.
“Malaysia bukan republik yang mempunyai istana untuk hiasan. Negara ini dibina atas sistem Raja Berperlembagaan yang termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Mereka yang cuba mengecilkan peranan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong sebenarnya sedang mengelirukan rakyat,” katanya.
Menurut beliau, sejarah membuktikan bahawa institusi Raja-Raja Melayu memainkan peranan besar dalam melindungi hak rakyat pelbagai kaum ketika era sebelum dan selepas kemerdekaan.
“Ramai generasi muda hari ini tidak memahami bahawa ketika proses pembentukan negara, Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Selangor memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan sosial dan memberi ruang kepada masyarakat bukan Melayu untuk membina kehidupan di Tanah Melayu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Tangga Batu Terus Catat Momentum Positif – Rais
- BN Johor Tanding 56 DUN, Tanda Keyakinan Dan Komitmen Terhadap Pengundi – Haslinda Salleh
- Ziarah Kasih UMNO Putrajaya, Sumbangan Kerusi Roda Ringankan Beban Pengundi Sakit
Khidmat Bakti Diteruskan, Youzaimi Turun Padang Santuni Warga Mersing
“Dalam isu pembangunan Petaling Jaya misalnya, campur tangan Sultan Selangor ketika itu membantu menyelesaikan masalah pemilikan dan pentadbiran yang gagal diurus dengan baik oleh pihak kolonial British,” katanya.
Tegasnya, sejarah juga tidak boleh dipadam bahawa kontrak sosial dan kewarganegaraan yang dinikmati rakyat hari ini lahir daripada kebijaksanaan Raja-Raja Melayu bersama pemimpin tempatan yang memilih jalan damai dan kestabilan.
“Sebahagian pihak hari ini terlalu mudah menikmati hasil keamanan dan kewarganegaraan, tetapi dalam masa sama bersikap biadab terhadap institusi yang menjadi payung negara. Kebebasan bersuara tidak bermaksud bebas menghina Raja-Raja Melayu atau memperlekeh asas Perlembagaan negara,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa UMNO sebagai parti teras kemerdekaan mempunyai sejarah panjang mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan.
“UMNO sejak dahulu menjadi benteng mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan hak rakyat pelbagai kaum berdasarkan semangat Perlembagaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Kukuhkan Akar Umbi
- Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara
- KPK Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Perluas Pasaran Global dan Fokus Pekebun Kecil
UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail
“Ketika ada pihak cuba membawa fahaman republik secara halus dan mempertikaikan kedudukan institusi diraja, UMNO tetap konsisten mempertahankan asas negara,” katanya.
Menurut beliau lagi, rakyat perlu memahami bahawa Perkara 32, 38, 39 dan 40 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam struktur negara.
“Kuasa Raja Berperlembagaan bukan bersifat mutlak, tetapi ia juga bukan sekadar simbol kosong seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah ahli politik. Dalam keadaan krisis politik dan ketidakstabilan, institusi diraja terbukti menjadi faktor penstabil yang dihormati rakyat,” katanya.
Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya kembali menghargai warisan ketatanegaraan Melayu seperti Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang dan karya-karya klasik Melayu-Islam yang menekankan keadilan, amanah dan tanggungjawab pemerintah.
“Orang Melayu mempunyai tradisi ketatanegaraan dan perlembagaan yang jauh lebih lama daripada kedatangan penjajah Barat. Kita bukan bangsa yang tidak bertamadun atau tidak memahami konsep pemerintahan.
“Institusi Raja-Raja Melayu adalah sebahagian daripada kesinambungan sejarah dan identiti negara yang wajib dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.
Aziz berkata rakyat perlu menolak politik kebencian yang cuba melagakan rakyat dengan institusi diraja demi kepentingan politik sempit.
“Negara ini dibina atas semangat muafakat, hormat kepada Perlembagaan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Mana-mana pihak yang cuba merosakkan asas ini demi populariti politik sedang bermain dengan api yang boleh merosakkan keharmonian negara,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa institusi Raja Berperlembagaan akan terus menjadi payung penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
“Daulat Tuanku bukan sekadar ungkapan. Ia adalah lambang kesetiaan kepada sistem negara yang menjamin kestabilan, keamanan dan keharmonian Malaysia sejak merdeka,” katanya lagi. – UMNO Online
MUBARAK Bidas Tony Pua, Perlu Faham Kedaulatan Raja-Raja Melayu Dan Perlembagaan Negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Tanding 56 Kerusi Strategi Politik, Bukan Pengkhianatan
- UMNO-BN Lenggong Perkukuh Jentera Hadapi Cabaran Politik
- Fathul Bari Tegur Pihak Persoal Institusi Raja dan Sensitiviti Melayu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.