BN Johor Tanding 56 DUN, Tanda Keyakinan Dan Komitmen Terhadap Pengundi – Haslinda Salleh

BN Johor Tanding 56 DUN, Tanda Keyakinan Dan Komitmen Terhadap Pengundi – Haslinda Salleh

BN Johor Tanding 56 DUN, Tanda Keyakinan Dan Komitmen Terhadap Pengundi – Haslinda Salleh
BN Johor Tanding 56 DUN, Tanda Keyakinan Dan Komitmen Terhadap Pengundi – Haslinda Salleh

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah lambang keterbukaan dan keyakinan parti terhadap sokongan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labis, Haslinda Salleh menegaskan, langkah tersebut dibuat demi memberi ruang kepada rakyat Johor bagi memilih secara lebih jelas, telus dan berprinsip.

Jelasnya, hanya parti yang benar-benar bekerja dan mempunyai rekod pencapaian baik akan berani menawarkan diri bertanding di semua kerusi, bukannya parti yang sekadar pandai bermain persepsi dan hidup atas ihsan sentimen politik semasa.

“Keputusan ini bukan bersifat sombong atau angkuh, tetapi lambang keterbukaan dan keyakinan BN untuk memberi ruang kepada rakyat Johor membuat pilihan secara lebih jelas, telus dan berprinsip.

“Johor kini berada dalam fasa penting untuk mencapai agenda Maju Johor 2030. Kerajaan negeri memerlukan baki empat tahun lagi bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat disempurnakan sehingga mencapai sasaran yang telah ditetapkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Warisan Dato’ Onn dan Seruan Baharu Penyatuan Bangsa


“Rakyat Johor berhak mendapat sebuah kerajaan yang stabil, fokus bekerja dan mempunyai hala tuju yang jelas, bukannya pentadbiran yang terus dibelenggu percaturan politik serta perebutan kuasa tanpa kesudahan,” katanya.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia berkata, BN Johor tidak pernah bergantung kepada retorik murahan atau politik drama untuk kekal relevan kerana kekuatan parti itu dibina sejak sekian lama melalui khidmat kepada rakyat.

“BN Johor bergerak atas kekuatan sendiri. Kekuatan kita lahir daripada akar umbi, daripada cawangan, daripada bahagian, daripada jentera parti dan daripada hubungan panjang bersama rakyat Johor.

“Rakyat boleh nilai siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang hanya muncul menjelang pilihan raya dengan cerita sensasi dan propaganda kosong,” katanya lagi.

Tambah beliau, keputusan bertanding di semua 56 DUN juga adalah medan persaingan sihat demi membawa amanah serta suara sebenar rakyat Johor yang mahukan kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan.

Dalam masa sama, Haslinda turut menyifatkan dakwaan kononnya langkah BN Johor itu boleh menggugat kestabilan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya sebagai cubaan terdesak pihak tertentu yang semakin kehilangan arah dan sokongan.

“Pertembungan di Johor tidak akan sesekali menggugat kestabilan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Rakyat sudah muak dengan politik ugut, politik sentimen dan politik bermain persepsi.

“Johor perlukan kerajaan yang fokus bekerja, bukan kelompok yang hanya pandai bercakap tetapi gagal membawa hasil,” tegas beliau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Dap Timbulkan Persoalan Besar – Adnan Seman


Tegasnya lagi, rakyat Johor hari ini semakin matang dan bijak menilai antara parti yang benar-benar membawa pembangunan dengan pihak yang hanya muncul untuk menangguk keuntungan politik sementara. – UMNO Online

BN Johor Tanding 56 DUN, Tanda Keyakinan Dan Komitmen Terhadap Pengundi – Haslinda Salleh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker