UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek
UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah memaklumkan negeri itu mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam menentukan hala tuju, berlandaskan mandat besar yang diberikan rakyat kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai berkata ini juga termasuk keyakinan rakyat terhadap BN di Johor adalah berasaskan kestabilan politik negeri tanpa bergantung kepada mana-mana kerjasama politik lain.
“Johor mempunyai acuan politiknya yang tersendiri. Mandat besar rakyat yang diberikan kepada BN pada PRN lalu adalah atas keyakinan terhadap kestabilan, rekod pentadbiran dan kemampuan BN mentadbir negeri tanpa bergantung kepada mana-mana gabungan lain.
“Justeru, tidak timbul soal “UMDAP” atau dakwaan kononnya UMNO Johor akan meleburkan identiti perjuangan demi kepentingan politik jangka pendek.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
“Di Johor, tiada Kerajaan Perpaduan negeri dan tiada keperluan untuk mewujudkan formula tersebut kerana kerajaan sedia ada mempunyai mandat yang kukuh daripada rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan.
Dalam pada itu beliau turut menambah bahawa fokus utama ketika ini adalah memperkukuh agenda pembangunan negeri termasuk usaha menarik pelaburan.
Katanya, usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memastikan Johor terus bergerak sebagai sebuah negeri yang progresif dan berdaya saing.
“UMNO Johor juga ingin menegaskan bahawa fokus utama ketika ini adalah memastikan agenda pembangunan negeri terus diperkasakan termasuk usaha menarik pelaburan, memperkukuh ekonomi anak muda, memperluas bantuan kebajikan rakyat serta menjayakan pelbagai inisiatif kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
“Rakyat Johor mahukan kestabilan, kepimpinan yang bekerja dan hala tuju yang jelas. Atas asas itu, Barisan Nasional Johor akan terus memperkukuhkan gerak kerja parti dan turun ke bawah mendekati rakyat sebagai satu pasukan yang bersatu dan yakin dengan kekuatan sendiri,” ujar beliau.
Terdahulu Pengerusi BN Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada minggu lalu mengumumkan parti akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang demi memastikan kestabilan serta kesinambungan pembangunan negeri terus terpelihara.
Beliau berkata keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat, suara akar umbi UMNO dan BN Johor serta hasil perbincangan bersama pucuk pimpinan parti.
Untuk rekod, BN mencatat kemenangan besar pada PRN Johor 2022 apabila berjaya meraih 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. – UMNO Online
UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
You must be logged in to post a comment.