Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Kenyataan salah seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu ‘menguburkan’ UMNO dilihat lebih bersifat retorik politik, kata Naib Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Hahasrin Hashim.
Ujarnya, rakyat boleh menilai sendiri prestasi Kerajaan Negeri Johor yang dikemudi oleh Barisan Nasional (BN) sehingga membawa negeri tersebut ke arah kemajuan memberangsangkan.
“Kenyataan salah seorang pemimpin utama PH Johor yang kononnya mahu ‘menguburkan’ UMNO buat kali kedua dilihat lebih bersifat retorik politik daripada berpijak pada realiti semasa rakyat Johor.
“Hari ini rakyat boleh menilai sendiri prestasi Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi selaku Menteri Besar Johor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
“Rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negara, kestabilan politik negeri, pelbagai inisiatif bantuan rakyat, agenda kebajikan, pembangunan belia, pendidikan dan pembangunan ekonomi negeri jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Johor hari ini benar-benar bekerja, menyantuni rakyat serta memahami denyut nadi masyarakat di negeri ini,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tambahnya, keputusan UMNO/BN Johor memilih untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak sepatutnya dijadikan polemik politik.
“Dalam masa yang sama, pemimpin beliau juga perlu sedar kedudukan sebenar mereka di Johor. Mereka hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen sahaja di negeri ini. Malah rakyat juga tahu bahawa kemenangan sebahagian kerusi tersebut turut dibantu oleh kekuatan jentera BN ketika pilihan raya yang lalu.
“Jadi sebelum bercakap soal mahu ‘menguburkan’ UMNO/BN, eloklah melihat dahulu realiti politik semasa serta memahami kekuatan sebenar politik Johor hari ini. Sebab itu juga, soal UMNO/BN Johor memilih untuk bergerak secara solo sebenarnya tidak sepatutnya dijadikan polemik politik. Sejak dahulu lagi, BN Johor sememangnya bergerak atas kekuatan sendiri sama ada dalam PRN mahupun Pilihan Raya Umum (PRU).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
“Maka apabila BN Johor memilih untuk terus bergerak secara solo, itu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Keputusan tersebut dibuat berdasarkan pandangan akar umbi, suara pemimpin tempatan dan dapatan di peringkat bawah yang mahukan BN Johor terus berdiri dengan identiti serta kekuatan sendiri,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau berpandangan bahawa Kerajaan Negeri Johor pada hari ini telah membuktikan pencapaian dan kemampuan mentadbir serta menjaga kebajikan rakyat ketika mentadbir.
“Apa yang lebih penting hari ini bukan retorik politik semata-mata, tetapi soal kestabilan kerajaan negeri, keyakinan pelabur terhadap Johor, kemampuan mentadbir dan usaha berterusan dalam menjaga kebajikan rakyat. Dalam semua aspek tersebut, Kerajaan Negeri Johor hari ini telah membuktikan pencapaian yang jelas dan tidak boleh dinafikan.
“Tetapi timbul juga persoalan, adakah kenyataan demi kenyataan yang menekan soal kerjasama politik ini lahir kerana ada pihak yang mula menyedari bahawa sokongan terhadap kelompok mereka sendiri semakin terhakis di peringkat akar umbi?
“Dalam politik ini, elok kita merendah diri. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar,” katanya lagi. – UMNO Online
Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.